Geng Bas Sekolah

December 1, 2014

NAJIB HENTAK BLOGGER #BANGANG


PAU 2014 telahpun tamat. Bermacam isu dibahaskan, beraneka pantun dan seloka berkumandang. Tetapi ucapan PM dan TPM kali ini dilihat agak luar biasa. Kerana tiada lagi kata kata kiasan sebaliknya hentaman terus diberikan supaya ahli UMNO terus sedar.

DS Najib dan Muhyiddin telah sepakat mahu UMNO diremajakan dengan menggalakkan lebih ramai pemimpin muda diketengahkan. Persepsi anak muda terhadap UMNO perlu diperbetulkan. Dan menggalakkan anak muda menyatakan pandangan supaya UMNO terus mendapat cadangan cadangan yang segar.

Namun begitu, PAU kali ini turut menyetuh mengenai peranan media sosial yang semakin bercelaru termasuklah sikap ahli media itu sendiri.

Antara perwakilan yang menarik perhatian adalah seorang gadis muda yang mewakili Kelab UMNO Luar Negara, Farhana yang mengatakan pengiat media sosial UMNO sedia ada tidak bersungguh sungguh mempertahankan UMNO terutamanya melibatkan Rosmah. Ramai ahli veteran media sosial yang tersentap dengan kenyataan melulu Farahana.

Kerana ramai yang telah berjuang sebagai tentera sukarela sejak selepas PRU2008. Mereka bersengkang mata, menghabiskan banyak masa dan wang ringgit untuk membantu UMNO di alam siber, tiba tiba datang pula budak perempuan cakap mereka tidak buat kerja.

Tentang Rosmah, mungkin Farhana tidak tahu, bukannya tiada usaha untuk membantu sebaliknya sikap Rosmah sendiri yang menjengkilkan hati rakyat, ibarat kata orang tua tua, "bangkai gajah manakan dapat ditutup. Lambat laun akan berbau jua."

Jadi buat Farhana, janganlah hendak membodek Rosmah depan kami sebab kami lebih kenal Rosmah berbanding kamu yang menghabiskan masa di luar negara. Jika kamu mendapat tajaan Kerajaan untuk duduk di luar negara, ingatlah itu adalah duit rakyat. Bukannya duit poket Rosmah.

Yang kedua, pada ucapan penangguhan, Najib telah menherdik blogger blogger yang menkritik kepimpinan beliau sebagai bangang.

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Jika Farhana telah menguris hati team media sosial pro UMNO, terjahan DS Najib kali ini lebih berbisa. Ibarat pukulan maut di kepala penggiat media sosial itu sendiri selepas mereka diserang Farhana. Ramai yang terasa. Walaubagaimanapun aku sebenarnya langsung tak rasa apa apa dengan terjahan Najib dan Farhana.

Sebabnya aku tak cari makan dengan Najib atau dengan UMNO. Aku bergerak solo. Aku buat benda ni secara suka suka. Bukannya untuk cari makan. Pada aku, Rosmah kena balun atau tidak, itu bukan masalah aku. Mungkin Farhana boleh jaga dia kan. Mana tahu lepas ni boleh jadi Ketua Puteri UMNO pula.


Kritikan Najib terhadap blogger sebenarnya ditujukan kepada geng blogger yang ambil duit dari PMO dan UMNO, tapi kemudiannya mengutuk beliau. Ada juga blogger yang dibela oleh Warlord Warlord tertentu menyerang beliau kerana arahan Warlord dengan niat tertentu.

Blogger blogger itulah sebenarnya yang bangang.

Apapun kritikan mengenai media sosial bukanlah isu besar sebaliknya yang sepatutnya dipandang serius adalah mengenai kuasa orang Melayu yang semakin lemah. DAP telah mendaftarkan jumlah pengundi tertinggi. Manakala MIC, MCA dan Gerakan begitu jauh ketinggalan. Jumlah penambahan pengundi UMNO walaupun meningkat tetapi ianya tidak menghairahkan. 

DAP bersungguh sungguh mahu merampas negara ini daripada orang Melayu. Inilah yang sepatutnya dipandang serius oleh orang Melayu. Bukannya isu remeh temeh mengenai media sosial.

1 comment:

Anonymous said...

Ni 'friendly fire' nih... Ada ka patut samakan Rosmah dengan bangkai gajah....