Geng Bas Sekolah

November 25, 2014

TEGURAN PERLU UNTUK MENGINGATKAN PEMIMPIN


Apabila tibanya Persidangan Agung UMNO, akan muncullah pelbagai jenis cerita, kata kata retorik dan aksi aksi yang ntah apa apa. PAU juga menjadi tempat kritikan kepada pihak tertentu. Tetapi sama ada kritikan kritikan itu diambil peduli ataupun tidak, tiada siapalah yang tahu. Tetapi selalunya krtitikan dan pandangan itu dipandang sepi. Habis sahaja PAU, segala kritikan dan cadangan akan dilupakan. Ianya dibangkitkan semula apabila tiba PAU yang baru.

Ini adalah perutusan Tun Mahathir buat semua ahli UMNO. Tun membayangkan beliau tidak dapat hadir untuk PAU kali ini. Apakah kerana masalah kesihatan ataupun sebab sebab lain, tidaklah kita ketahui.

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong UMNO kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untik keluar negara, saya mungkin hadir Insya’allah! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua, dan orang tua UMNO pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3. Semua tahu UMNO sekarang tidak popular seperti UMNO dahulu. Ada yang berkata UMNO tidak lagi relevan.

4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika UMNO dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli UMNO tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli UMNO?

6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

7. UMNO hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.

8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.

9. Oleh itu yang dapat masuk UMNO hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.

10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.

11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan UMNO untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk UMNO. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.

12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam UMNO. “UMNO saya punya.” “ Bahagian ini saya punya.”

13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa UMNO menyertai parti lain. Maka akan merosotlah UMNO dan akan hilanglah parti keramat ini.

14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.

15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputra dan UMNO. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.

17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan UMNO akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.

18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.

19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.

20. Selamat Bersidang UMNO. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. - SUMBER

2 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

dtg kesini:)

Anonymous said...

SETUJU dgn. pandanagn BERNAS YAB Ayahanda Tun kita ini!

Kita patut belajar dari nasib-amat-MALANG BUMIPUTERA Palestin-Arab, hampir nak diHAPUSkan 90% tanah PUSAKA mereka oleh si Yahudi Zionis-JAHANAM dgn. kerjasama sekutu Barat-KEPARAT mereka dari US/UK/PERANCHIS/JERMAN/NATO, yg. HIPOKRITnya, asyik nak PAKSA kat atas Dunia Islam, “Demokrasi/hak asasi"-PENIPU mereka! Di samping BUMIPUTERA Palestin-Arab ini (serta anak-anak kecil-warga emas/wnaita mengandung/MASJID/ rumah/sekolah mereka) boleh diBOM sampai hancuq dlm. GENOSID atau dipenjarakan selamanya termasuk anak-anak kecil bawah undg-undg tentera - dgn. sewenangnya!

Mcm. kita kat Tanah Melayu ni yg. kerana asyik terlalu bertolak ansur, maka kita BUMIPUTERA Islam/Melayu sampai hanya miliki 20% dari Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kita ini! Dan pemimpin Islam/Melayu hanya kerana nak menang ala-"Demokrasi/hak asasi"-PENIPU si Barat-ZIONIS, asyik TUNDUK kpd. bangsa PENDATANG mcm-KULI - sedgkan puak PENDATANG RASIS asyik boleh HINA ISLAM/umatnya, NEGARA ISLAM kita ini, dan MENGHINA BUMIPUTERA Islam/Melayu adalah 'PENDATANG'; serta si MUSUH Islam/Melayu ini juga asyik MEROMPAK Tanah Rizab Melayu kita!

Sedagkan PENJAJAH ISrael dan S'pura yg. kononnya mengamalkan "demokrasi/hak asasi"-si Barat/Zionis tu pun akan terus bawa BERJUTA kaum PENDATANG KAPIR utk. MENGURANGkan jumlah BUMIPUTERA Islam; maka si PENDATANG/PENJAJAH KAPIRDAJAL terus MENANG dan SELAMAnya dpt. MENGUASAI bumi BUMIPUTERA Islam tersebut!

Lihat bagaimana undg-undg terbaru yg. menjadikan ISreal sbg. negara Yahudi dgn. MENGHAPUSkan hak BUMIPUTERA Palestin/Arab termasuk Bahasa Arab walaupun sbg. bahasa kedua; dan mana-mana Yahudi dari seluruh dunia boleh menjadi rakyat ISrael (sedagkan NEGARA ISLAM kita ni punyalah TAKUT nak beri KERAKYATAN pd. pelarian Islam Rohingya, Palestin, Syria, Iraq dsbnya) - di akhbar (pro-Zionis) http://www.theguardian.com/world/2014/nov/23/israeli-cabinet-approves-bill-defining-nation-state-jewish-people , Israeli cabinet approves legislation defining nation-state of Jewish people, Peter Beaumont in Jerusalem The Guardian, 23 November 2014!

Dan kita di Tanah Melayu ISLAM ni yg. dahlah hanya miliki 20% dari tanah PUSAKA kita, bahkan di 'BLACKMAIL' supaya terus TUNDUK-mcm.-si KULI-BANGANG oleh si MUSUH Islam/Melayu, kpd. "demokrasi/hak asasi"-PENIPU-si Barat/Zionis tu!

Makcik Sambal Belacan.