Geng Bas Sekolah

December 19, 2014

MIC BERGOLAK DAP TERSENYUM


MIC sebenarnya sudah lama bergolak. Sejak PRU 2008, MIC dilihat tidak lagi bermaya. Perbalahan antara pemimpin parti berkenaan dilihat sebagai punca kemelut MIC. PRU 13 yang lepas, rata rata masyarakat india sudah kembali menyokong BN tetapi MIC masih belum pulih daripada masalah.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) MIC yang dicemari insiden pergaduhan beberapa penyokong parti membuat keputusan menubuhkan jawatankuasa bebas menyelesaikan masalah berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember lalu mengumumkan jawatankuasa itu tidak sah.

Perkara tersebut diumumkan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palani-vel di Ibu Pejabat MIC di sini yang turut dikawal ketat pihak polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Palanivel berkata, beliau dan timbalannya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam akan duduk bersama bagi membincangkan pelbagai masalah yang menimpa MIC sejak akhir-akhir ini sehingga dikatakan parti itu telah berpecah kepada dua kumpulan.

“Saya dan Subramaniam akan duduk bersama minggu depan untuk mengadakan perbincangan singkat. Kemudian kami akan turut membincangkan mengenai perkara yang dibangkitkan oleh ROS.
Advertisement

“Kami tidak mahu parti ini dilucutkan pendaftaran. Sebab itu, jawatankuasa bebas akan dibentuk untuk memastikan masalah ini diselesaikan secepat mungkin, kami ada tempoh 90 hari sejak keputusan ROS,” katanya dan menambah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Terdahulu sebelum mesyuarat, tiga ahli MIC iaitu bekas Ketua Pemuda, Datuk T. Mohan; anak bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu iaitu Datuk Seri S. Vel Pari dan bekas calon CEC, Datuk N. Muneandy dilihat masuk ke pejabat Palanivel di tingkat enam bangunan berkenaan bagi mendesak diberi kebenaran menghadiri mesyuarat.

Pertemuan kira-kira 30 minit itu ‘panas’ apabila ketiga-tiga mereka beberapa kali menuding jari ke arah Palanivel dan disaksikan pengamal media yang berkumpul di situ sejak pukul 1 petang untuk membuat liputan.

Pada masa sama, di pekarangan bangunan itu, kira-kira 500 penyokong MIC yang difahamkan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu penyokong pro-Palanivel dan pro-Subramaniam turut mengadakan demonstrasi aman bagi menyatakan sokongan kepada pemimpin masing-masing.

Kain rentang tertera perkataan mendesak Palanivel meletakkan jawatan turut dipasang berhampiran bangunan parti itu sehingga menimbulkan persoalan mengenai tahap keseriusan masalah dalaman yang sedang dihadapi MIC.

Dalam pada itu, sidang akhbar yang dijadualkan pada pukul 3.45 petang turut tertangguh hampir 30 minit berikutan pergaduhan antara kedua-dua kumpulan penyokong menyebabkan petugas media gagal memasuki bilik dikhaskan.

‘Drama’ tersebut berlarutan selepas sidang akhbar apabila beberapa individu yang telah menunggu di luar bilik itu memaki-hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan kepada Mohan, Vel Pari dan Muneandy sambil turut disaksikan oleh Palanivel dan Subramaniam.

Ketika ditanya mengenai desakan yang meminta beliau meletak jawatan, Palanivel berkata, itu hanyalah tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan kecil ahli MIC.

“Tidak (tiada desakan), hari ini ramai orang datang sini sebab sokong MIC. Parti ini masih relevan, itu kumpulan kecil sahaja,” jelasnya. - SUMBER

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

...


Peremajaan Najib - Pemimpin BN Sindir Anak Muda Pahang TerLAJAK BODOH!

Kenapa?

Anak Muda Pahang Kecik Hati dan Merajuk..

Kerana UMNO - Setiap Anak Pahang tanggung HUTANG!


* Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

Saya Ulang..

Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

Sumber Berita

>> Sumber 1 <<

>> Sumber 2 <<






...


Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
( Lihat Bukti Di Youtube )

https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4



Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<









MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'

MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'



Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M