Geng Bas Sekolah

November 14, 2014

ZAMKATA HENTAM SULTAN, BUKAN MB PAHANG ?


Isu MB Pahang sebenarnya tidaklah seteruk mana, cuma mainan politik pihak tertentu dengan niat untuk meletakkan orang mereka di jawatan MB Pahang. Pendedahan tentang pendatang asing dan kerosakkan alam sekitar di Cameron Highland boleh diterima tetapi serangan terhadap MB Pahang adalah tidak wajar sama sekali. Masalah PATI dan pencerobohan alam sekitar bukanlah terletak diatas bahu Adnan Yaakob semata mata sebaliknya ianya adalah masalah semua pihak terutama KDN, SPRM dan NRE (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar).

Terbaru, seorang bekas Menteri turut sama menghentam MB Pahang berikutan isu ini. Tetapi paling menarik, beliau tidak sahaja menujukan serangan kepada MB sebaliknya kepada Sultan Pahang.

Dosa membalak secara haram di Pahang,membotakan tanah di Cameron Highland ,membiarkan ribuan pendatang haram bermaharajalela dan  berulangnya limpahan banjir di tanah tinggi itu  tentulah bukan  hanya dosa Menteri Besar Pahang seorang diri.

Sejarah negeri Pahang  telah membuktikan bahawa pernah Menteri Besarnya  tersingkir kerana tidak mahu berkongsi dosa.

Seorang Menteri Besar dilantik dengan perkenan Sultan. Jika dia tidak diterima oleh Sultan, maka dia tidak akan dapat menjawat jawatan tersebut. Sebagai contoh isu MB Selangor baru baru ini. Walaupun pakcik Anwar mahu meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor, tetapi Sultan Selangor tidak memperkenankan permintaan pakcik Anwar sebaliknya meminta 3 nama lain. Dan akhirnya Azmin telah dipilih menjadi MB Selangor, bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Didalam hal ini, adakah Mantan Menteri ini bermaksud mahu mengheret Sultan Pahang ke dalam kemelut Cameron Highland, apabila dia mengatakan pernah dalam sejarah Menteri Besar Pahang tersingkir kerana tidak mahu berkongsi dosa ? Kerana naik dan turunnya Menteri Besar, terletak di tangan Baginda Sultan.

Diharap Mantan Menteri ini berhati hatilah ketika mengulas sesuatu isu. Jangan kerana masih merasakan diri masih menjawat jawatan Menteri, dia boleh mengkritik sesiapa sahaja. Selesaikan dahulu masalah PATI dan pencerobohan alam sekitar, itu lebih penting dari menyalahkan sesiapa.

No comments: