Geng Bas Sekolah

October 2, 2014

PENJELASAN KENAIKKAN HARGA MINYAK 20 SEN


1. Selama ini rakyat Malaysia samada yang kaya, sederhana dan berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 dan diesel tapi ramai yang kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam-pam minyak.

2. Jumlah subsidi Kerajaan untuk RON95 & diesel tahun lepas sahaja ialah RM24.8 billion dan  tahun ini sekitar RM21-22 billion. Purata RM2 bilion sebulan. Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tetapi harga Malaysia RM2.30. Bermakna Kerajaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Untuk diesel pula harga terkini sebenar RM2.52. Harga Malaysia RM2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kerajaan.

4. Hampir RM2 ribu juta sebulan dibelanja untuk subsidi bahan bakar yang tentunya "hangus terbakar". RM2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan orang ramai di 2 ribu kampung dengan kos RM1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga RM500 juta sebuah. (48 universiti setahun) Boleh bina 2 ribu kilometer jalan kampung untuk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sebab kita beri subsidi untuk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi RM2 billion sebulan itu? Data yang ada mendapati 70% diguna oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi. Sebabnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kampung-kampung & pinggir-pinggir bandar hanya guna motorsikal & kereta-kereta yang kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin, bukan kepada yang kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil dan tidak rasional. Dulu ketika minyak murah dan kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma RM2 billion setahun yang kini RM2 billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kepada rakyat terbanyak yang boleh diberikan.

7. Maka umtuk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kepada rakyat yang lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah RM 4 billion dan diberi dalam bentuk BR1M yang telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita-berita baik yang akan diumum oleh YAB PM dalam Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kepada peruntukan yang banyak. Sebahagiannya tentu daripada subsidi minyak yang telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter untuk faedah kepada ramai rakyat yang lebih memerlukan.

9. Malaysia memang negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yang lebih kepada negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yang ada di stesen seluruh negara adalah diimport & harganya mengikut harga pasaran dunia.

10. Memang sukar untuk membuat keputusan yang tidak popular. Tetapi keputusan itu adalah untuk membetulkan ketidakadilan yang berlaku. Subsidi minyak yang banyak itu boleh diagih kepada rakyat dengan lebih bersasar dan tepat seperti BRIM yang lebih tinggi jumlahnya dan juga untuk pembangunan luar bandar yang lebih baik.

11. Rakyat terbanyak sekarang ini masih menikmati subsidi tepung, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan / perubatan, pendidikan, RM100 untuk anak sekolah, RM250 voucher buku. Untuk pesawah pula ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan RM200 sebulan, bantuan-bantuan JKM, Kedai Rakyat 1Msia dan lain lain.

12. Kebajikan yang banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, untuk membetulkan ke arah yang lebih adil & rasional, khususnya tentang subsidi minyak secara pukal yang tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran banyak pihak. Komitmen kepada kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kerajaan.- SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Pelik la artikel ini.Jimat subsidi boleh buat pembangunan rakyat berjela2 jenis projek.Andaikata wang subsidi RM39 billion di tarik balik atas nama penjimatan,untuk perbelanjaan pembangunan.Apa akan terjadi?.Boleh sampai ker jumlah projek pembinaan dewan untuk rakyat tu.Dengan pelbagai spekulasi,harga bahan binaan melambung tinggi,kos barang keperluanpun melambung tinggi,kos sara hidup rakyat bergelumang dengan riba dan spekulasi tanda harga barang.Akhirnya,berapa kamu nak kenakan caj perkhidmatan pelbagai projek berskala besar tahap Mega pada rakyat.Maklumlah penjimatan subsidi berumlah Rm 39billion.Rakyat ketika itu dah letih dan tidak berdaya.