Geng Bas Sekolah

October 20, 2014

KEMPEN PEGANG ANJING, ORANG UMNO KEPANASAN


Semalam berlangsungnya kempen pegang anjing kat PJ. Kat PJ biasalah benda benda maksiat. Apa nak pelik. Okey bab pegang anjing, secara serius aku tak pelik langsung. Ko nak pegang, nak peluk, nak romen tu ko punya pasal. Bukan masalah aku. Hal ko, itu hak ko. Hal aku, itu hak aku.

Akupun pernah pegang anjing dan selamatkan anjing dari longkang. Sebab aku tak pernah anggap anjing sebagai musuh. Lainlah puak PR. Itu memang musuh. Nak pegang anjing, ada adab. Lebih senang cakap ada hukum atau panduan.

Sekiranya tangan kita kering, dan bulunya kering, maka tak perlu samak. Itu mengikut pandangan Ulama sejak dahulu. Tetapi jika tangan kita basah atau bulu anjing tersebut basah, maka kita wajib menyamak tangan kita. Begitu juga sekiranya terkena air liur anjing ataupun anjing itu menjilat kita mahupun barangan kita. Itu wajib samak.

Mengikut Mahzab Syafiee, memelihara anjing sebagai hobi atau haiwan peliharaan, itu adalah HARAM. Malah didalam islam sendiripun larangan memelihara anjing adalah haram kecuali untuk berburu atau menjaga keselamatan. Itupun bersyarat. Anjing untuk berburu dan menjaga keselamatan hendaklah diasingkan daripada rumah kita. Tidak dibelai belai dan dipeluk. Kiranya anjing itu ditempatkan di kebun atau luar kawasan rumah. Bukan bagi masuk dalam rumah.


Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).

Kempen pegang anjing ni sebenarnya walaupun dikatakan untuk menerangkan kepada orang islam bahawa pegang anjing tidak salah. Tetapi sebenarnya ianya rancangan liberalisme untuk melemahkan perpaduan dan kepercayaan umat islam sendiri. Sebenarnya bab anjing ni, bukan masalah besarpun sampai perlu buat kempen macam ni. Aku setiap hari nampak anjing lalu depan ofis. Aku tak takutpun. Takde pula aku nak pukul anjing tu. Aku tengok anjing tu, anjing tu tengok aku. Macam tu je lah.


Setakat nak pegang asal dia kering atau nak menolong anjing yang dalam kesusahan, itu dibenarkan. Sebab anjing adalah makhluk Allah Taala. Ada sebab dia diwujudkan. Allah Taala tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu tanpa sebab.

Cuma dalam islam dah jelas, bela anjing sebagai hobi adalah HARAM. Jadi jangan nak mengada ngada nak bela anjing sebab suka suka. Sekarang ni orang Melayu nak ikut cakap siapa. Nak ikut cakap orang kafir atau nak ikut cakap Rasullulah s.a.w ?

Syurga Neraka dah jelas. Terpulanglah korang nak masuk mana.

1 comment:

Anonymous said...

"Wa aksaruhum fasikun", kbnykn manusia, termasuk yg ngaku Islam, mana ada pikir Syurga Neraka, hidup ni bg mrk, yg pentingnya dunia ni sahaja, Akhirat apa nak difikirkan, nyusahkan aja. So, apa mrk kesah bab hukum hukum ni, ikut suka hati la apa pun nak dibuat.