Geng Bas Sekolah

September 15, 2014

ORANG MELAYU WAJIB PERTAHANKAN HAK


Orang Melayu bersatu mempertahankan empat hak mereka yang kini dilihat semakin genting kerana mula dipertikaikan oleh pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), biarpun telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada sesiapa pun akan terlepas daripada disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba menghasut atau bermulut celupar dalam perkara-perkara membabitkan agama Islam, raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Kita kena bangun mempertahankan hak kita tanpa mengetepikan atau menyentuh hak kaum lain. Mereka (pembangkang) hendak menuntut kesamarataan tetapi kita hendak melaksanakan kesaksamaan. Adakah kita bersifat perkauman sekiranya menuntut hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kita tidak sewenang-wenangnya melakukan tangkapan. Kita bukan negara polis. Apa yang tertulis dalam Internet, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang menyiasat, bukan polis, melainkan mereka memohon bantuan pihak berkuasa.

"Bukan saya bongkak atau bukan saya kata orang Melayu angkuh. Saya katakan, NGO, pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang mula kurang ajar dan mempertikaikan empat hak dalam perlembagaan, itu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Bahagiannya, Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan merangkap Ahli Parlimen Parit.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menyeru semua perwakilan supaya melakukan muhasabah diri dalam menyelami kelemahan yang tidak disedari selain tidak berada pada kedudukan cukup selesa dan berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum lalu.

Selain itu katanya, kepemimpinan parti di peringkat atasan perlu mewujudkan keseimbangan dengan ahli di peringkat akar umbi selain wajib melaksanakan keadilan.

"Saya ingin menyeru kepada orang Melayu sama ada dalam UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun tiada parti, cukuplah berbalah sesama sendiri. Bangun dan satukan hati pertahankan hak kita. Apabila bertelagah, orang pijak kepala kita," katanya.- SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Melayu terlalu berlembut....semua ini bermula bila Penjajah Inggeris datang menggantikan Belanda, Inggeris membolot hasil bumi kita dan melarang melayu diberi pendidikan. Penjajah kuasai seluruh perairan selat melaka dan Andaman sehingga orang melayu yang cuba berniaga tidak dapat berniaga kerana dihalang dan disabotaj oleh Inggeris. Pengusaha melayu yang memiliki Lombong emas dan timah dihalang dan disukarkan berurus niaga berjual beli sehingga jatuh muflis. Melayu dihimp[it sehingga lemah dan miskin. Melayu dihalang mendapat pendidikan akademik. Melayu diperbodoh dan dihilangkan maruah dan harga diri sehingga menjadi melayu bersifat putus asa. Semua ini dilakukan kerana Penjajah tidak mahu melayu bina kekuatan ekonomi dan ilmu untuk melawan penjajahan mereka!!!

Kemudian Inggeris bangsat membawa pendatang cina dari China yang kebanyakannya Kongsi Gelap dan penjenayah dibawa ke Tanah Melayu. Ketua kongsi gelap dan Cina Hakka, Kantonis, Hokkien dan sebgainya diberi peluang menguruskan dan bekerja di lombong Emas dan Timah yang suatu masa dulu milik pengusaha melayu. Cina mendapat peluang membina kekayaan di atas kesengsaraan orang melayu. Cina menjadi semakin kaya kerana menjadi rakan kongsi penjajah dan penjilat penjajah. Melayu terus miskin.

Kini cina lupa diri, kebaikan melayu mereka permainkan, kekayaan mereka adalah daripada rompakan hak milik melayu di bumi melayu. Mereka cina lupa mereka adalah penceroboh! pendatang tanpa izin melayu dan Sultan!