Geng Bas Sekolah

August 15, 2014

CICAK DALAM SOS CILI


Apa perasan anda, apabila sos cili yang anda beli dan mahu digunakan bagi memasak hidangan ayam percik untuk dimakan bersama keluarga, mengandungi seekor cicak dan lipas.

Lebih menjijikkan sos cili yang dikeluarkan sebuah syarikat besar di negara ini itu, sudah berbau busuk sebaik sahaja tudungnya dibuka menyebabkan seorang wanita terkejut dan meminta bantuan suaminya untuk mengeluarkan bangkai cicak dan lipas dari botol berkenaan.

Wanita itu, Mawar Malinda Zakaria, 33, mendakwa, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter dan lipas dalam sos cili yang dibelinya di sebuah kedai runcit turut itu mempunyai tanda sijil halal dan tertera tarikh 2 April 2015, dipercayai tanda tamat tempoh.

"Saya mahu memasak ayam percik pada 6.30 petang, Selasa lalu dan apabila dibuka (tudung botol itu), saya terkejut melihat bangkai cicak dan lipas itu, tiba-tiba terkeluar dari botol berkenaan selepas beberapa kali saya berusaha menuang sos yang seakan-akan tersekat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam kandungan sos cili itu, dia telah meminta bantuan suami untuk mengeluarkannya.

"Apabila dituang, ia memang sudah berbau busuk seperti bau bangkai," katanya.

"Saya ada menghubungi bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat terbabit bagi memaklumkan penemuan itu tetapi jawapan yang diberi tidak memuaskan tanpa mengambil kira perasaan saya sebagai pengguna.

"Dia mahu menggantikan saya sebotol sos cili yang baharu, itu sahaja," katanya sambil menegaskan akan membawa kes itu ke mahkamah melalui kes yang akan difailkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Tambahnya, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit, ekoran kelalaian pengeluar bahan makanan tersebut dalam memelihara kualiti produknya.

Berikutan kejadian itu, Mawar Malinda membuat laporan di Balai Polis Senawang malam tadi berikutan perasaan kecewanya selepas menerima jawapan yang tidak memuaskan hati daripada bahagian pelanggan syarikat besar itu. - SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Mujur aku tak pernah beli sos Maggi ni!