Geng Bas Sekolah

August 18, 2014

JEMAAH UMNO WAJIB RAPAFKAN SAF


Semua ahli UMNO yang merangkumi lebih tiga juta rakyat negara ini disaran merapatkan saf untuk me merangi anasir-anasir jahat yang dibawa melalui platform media sosial sejak kebelakangan ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO sebagai parti Melayu terbesar di negara ini perlu bergerak selaras dengan landskap politik semasa terutama apabila berhadapan dengan persekitaran yang lebih mencabar.

Jelasnya, UMNO telah terbukti mampu bertahan dalam segenap iklim politik dan diharapkan terus berevolusi menjadi parti yang terkuat pada masa depan.

"Kita tidak boleh biarkan anasir-anasir jahat yang menular dalam media sosial memecah belahkan saf kita semua. Sudah tiba masanya kita bersama membulatkan iltizam dalam meningkatkan sokongan rakyat kepada kita.

"Kita perlu berazam untuk memantapkan permuafakatan masing-masing dalam mendepani cabaran politik, sosial dan ekonomi yang bakal mendatang," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, UMNO telah mendepani pelbagai cabaran termasuk melibatkan pemilihan parti, perhimpunan Bersih, sentimen negatif dipromosikan pembangkang dan sebagainya.

Sementara itu di TAPAH, berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian itu, Hishammuddin meningatkan anggota UMNO supaya tidak sesekali terikut-ikut dengan rentak pihak tertentu yang cuba menanamkan kebencian dalam landskap politik negara.

Beliau bimbang, kesan yang berlaku ekoran terpengaruh dengan kebencian yang cuba ditanam itu boleh menghancurkan negara seperti dialami Mesir, Libya, Iraq dan Syria ketika ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan memberitahu, pemimpin UMNO sejak dari dulu lagi telah berhadapan dengan landskap berkenaan daripada pihak di sebelah sana sehingga pernah digelar firaun, penjaga babi, didakwa rasuah, menyalah gunakan kuasa, diktator dan nepotisme.

Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana Allah SWT masih memberi kekuatan kepada ahli parti untuk terus melihat ke hadapan tanpa terikut-ikut dengan rentak kebencian.

"Kita cuba jawab segala tohmahan ini tetapi kadang kala ada dalam kalangan ahli parti tidak mampu bertahan sehingga terikut-ikut dengan perancangan pihak berkenaan. Ini yang berlaku terhadap parti-parti di luar negara seperti Golkar di Indonesia, LDP di Jepun dan Kongres di India.

"Bayangkan, pihak pembangkang yang selama ini menggelar pemimpin UMNO sebagai kafir, firaun, penjaga babi, tetapi sekarang tengok apa yang berlaku di Selangor. Mereka kata UMNO nepotisme, tetapi yang minta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi laluan itu isteri siapa?," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Benda macam ni patutnya di ungkitkan lama dah..tapi maklumlah waktu tu Hisham mulut berbuih takde telor..sekarang baru nak cakap...siul la..

Anonymous said...

Cadangan2 di atas semuanya bernas dan harus di gunapakai oleh UMNO.Tapi sayang seribu kali sayang,Presiden UMNO sekarang dikeliliNgi oleh punasihat2 yang syok sendiri dan Presiden pun bingai percaya kat semua mimpi indah itu. Lebih baik kita pecat Najib sebelum UMNO tersungkur sebab kita sayangkan UMNO. Pemimpin macam Najib bukan saja INCOMPETENT tapi perlu diTONG SAMPAHKAN.