Gelak sama Anwar KAH KAH KAH |
Mengikut perancangan Pakcik Anwar, Langkah Kajang adalah usaha beliau untuk meletakkan isterinya Makcik Jah sebagai MB Selangor. Tetapi perancangan Allah lebih baik dari rancangan hambaNya terutama mereka yang mendustai ayat ayatNya. Langkah Kajang tersekat sekaligus Pakcik Anwar jatuh tersungkur.
Pagi tadi, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar. Menurut Abdul Khalid, beliau akan terus menjalankan tugas sehingga ada perkembangan baharu. Menurutnya, selepas menghadap Sultan Selangor, baginda berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan kepadanya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar.
Khalid juga memberikan kata dua kepada Exco PKR dan DAP agar membuat keputusan untuk bersamanya atau MELETAK JAWATAN. Exco PAS sebulat suara bersetuju dan menyokong Khalid kekal sebagai MB Selangor.
Yang pasti, Pakcik Anwar memang dah silap besar. Dia dah lancarkan perang ke atas Khalid sekaligus mendedahkan sifat buruknya yang sebenar. Malangnya Pakcik Anwar kalah dan dia harus menanggung kemaluan yang teramat besar. Mungkin selepas ini dia akan ditendang dari partinya sendiri jika ahli ahli PKR bersetuju membuangnya. Lagipun PKR sudah tidak perlukan Pakcik Anwar lagi. Buat apa menyimpan bangkai yang sepatutnya sudah dibakar 16 tahun dahulu.
2 comments:
MARI MULAKAN LANGKAH ANWAR...
(( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor
Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!
UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...
Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!
Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...
Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..
Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..
Jadi, jangan susah hati sgt ye :)
Sumber
>>> Klik Di Sini
Post a Comment