Keganasan angkara pendatang asing. Rusuhan yang dilakukan oleh pekerja warga Nepal di KulaiJaya mencetus rasa tidak senang dikalangan rakyat Malaysia. Saban hari rakyat didedahkan dengan kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing. Antaranya pecah rumah, pelacuran, samun bersenjata dan rogol. Kerajaan menerusi KDN telah bertindak menangani masalah ini tetapi dilihat seakan akan tidak berkesan. Sudah tiba masanya Kerajaan mengetatkan lagi syarat kemasukan pekerja asing dan melibatgandakan usaha memburu dan menghalau pulang warga asing yang masuk ke negara ini secara haram.
Polis menahan 42 pekerja warga Nepal yang terlibat merusuh dan membakar salah sebuah daripada empat blok di kilang JCY HDD Technology Sdn. Bhd., dekat Kelapa Sawit di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Idris Samsuri berkata, kesemua mereka ditahan antara pukul 8.30 malam tadi hingga pukul 8 pagi ini di sekitar kawasan kilang tersebut.
"Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kilang itu memberhentikan operasinya hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, kira-kira 800 pekerja asing mengadakan protes bermula pukul 9 pagi termasuk membakar kereta milik seorang pengurus dan merosakkan bangunan kilang setelah dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan diterima mereka sebelum ini.
Tindakan kumpulan warga asing terdiri dari Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Vietnam itu menyebabkan sepasukan 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya terpaksa dipanggil bagi mengawal keadaan.
Keadaan pada awalnya berakhir dengan baik selepas kedua-dua pihak mengadakan rundingan bagaimanapun bertukar ganas apabila sebahagian daripada mereka bertindak membakar salah satu daripada empat blok kilang berkenaan pada sebelah malam.
Tinjauan Utusan Malaysia ke kilang tersebut hari ini mendapati tiada pekerja berada di situ melainkan beberapa anggota polis ditugaskan menjalankan siasatan di sekitar blok bangunan yang terbakar. - SUMBER

No comments:
Post a Comment