Geng Bas Sekolah

June 21, 2014

TIADA SIAPA PEDULI NASIB PENYU


Pengarah Eksekutif Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma hari ini menarik perhatian terhadap semakin pupusnya kehidupan penyu di Terangganu.

"Rantau Abang yang begitu sinonim dengan pendaratan penyu sekarang sunyi tanpa haiwan ini," katanya.

Di samping itu, tiada lagi pendaratan penyu belimbing yang direkodkan bagi tiga tahun lepas.

"Senario ini jauh berbeza daripada 50 tahun lepas di Rantau Abang," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Penyu Sedunia 2014 di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha (Pembangunan Industri) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Daud Mohd Arif.

Menurut Sharma ketika itu sejumlah 10,000 sarang penyu belimbing dicatatkan dalam satu tahun.

Beliau berkata selain itu, dianggarkan hanya satu daripada 1,000 anak penyu yang dilepaskan berjaya menjadi penyu dewasa. - BERNAMA

No comments: