Geng Bas Sekolah

June 21, 2014

KRISIS IRAQ BERI KESAN KENAIKAN MINYAK


Kerajaan menjangkakan krisis yang berlaku di Iraq tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagaimanapun beliau berkata, jika keadaan itu berlarutan, ia akan memberi kesan kepada Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi terbuka.

Katanya, kesan kenaikan minyak secara mendadak ini sudah tentu akan mengambil masa tertentu dan negara-negara maju di dunia tidak terkecuali menerima tempiasnya.

"Kita berharap keadaan ini tidak berlarutan dan kalau naik secara mendadak, sudah tentu akan jejaskan penduduk dunia dan Malaysia yang mengamalkan ekonomi terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pengeksport Muda 2014 di sini hari ini.

Jumaat lalu, harga minyak mentah dunia melonjak kepada AS$107 (RM345.89) setong, susulan meningkatnya krisis Iraq apabila timbul kebimbangan bekalan dari negara pengeluar nombor dua terbesar dunia itu.

Harga minyak meningkat kepada 10 bulan tertinggi selepas kumpulan yang dikaitkan dengan al-Qaeda menawan dua bandar utama Iraq pada minggu lalu termasuk Mosul yang merupakan pintu masuk utama minyak mentah. Bagaimanapun, kumpulan berkenaan berikrar untuk meneruskan penguasaan ke Baghdad. - Sumber

No comments: