Geng Bas Sekolah

February 20, 2014

DIREJAM KERANA FACEBOOK - KEZALIMAN GENG PAKATAN


DAMSYIK - Seorang gadis Syria dijatuhi hukuman rejam sehingga mati kerana membuka akaun laman web sosial, Facebook, menurut satu laporan hari ini.

Mahkamah Syariah di bandar al-Raqqa, di sini menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Fatoum al-Jassem, selepas didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral kerana memiliki akaun laman web itu.

Dia dibawa ke mahkamah oleh militan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap ketika sedang melayari laman web itu.

Laman web berita, examiner.com menjelaskan, mahkamah tersebut yang berada di bawah penguasaan ISIS turut menjatuhkan hukuman sama terhadap kesalahan zina.

ISIS merupakan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan ditubuhkan pada April, tahun lalu.

Kumpulan tersebut merupakan satu daripada pertubuhan yang menentang tentera kerajaan Syria, dan kini menawan bandar al-Raqqa pada Mac, tahun lalu.

Inilah dia kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang mengaku pejuang islam dan menegakkan undang undang islam. Agama islam menjadi bahan mainan demi mengekalkan kuasa sendiri. PAS juga tidak terkecuali. Mereka hanya menggunakan isu hudud untuk mendapatkan kuasa politik. Bukannya ikhlas kerana Allah. Malah mereka sanggup bersama musuh Allah dalam isu menghina nama Allah s.w.t sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Hukum agama ditafsir sekehendak hati kemudian didakwakan hukum agama dan hukum Allah swt. Kecelakanlah, kecelakaanlah dan kecelakaanlah bg mrk yg sedemikian. Tiga kali dicelakakan dlm satu ayat (2:79).
Kecelakaan bg mrk yg mendustakan agama.
Kecelakaan bg mrk yg memfitnahkan agama.
Kecelakaan bg mrk yg menzalimi sesama manusia.