Geng Bas Sekolah

December 16, 2013

LOJI AIR BUKIT KERTAU DIPERBAIKI


MARAN - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) sedang giat membaiki Loji Bukit Kertau yang rosak akibat banjir sehingga menyebabkan lebih 4,000 penduduk kampung di Chenor Seberang di sini mengalami masalah bekalan itu sejak banjir melanda minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, loji tersebut rosak akibat dinaiki air menyebabkan muka sauk dipenuhi sampah sehingga jentera di dalamnya gagal berfungsi.

Tambahnya, keadaan itu menyebabkan penduduk di Chenor Seberang meliputi kira-kira 20 kampung seperti Kampung Nyak, Telok Melati, Kampung Bunian, Kampung Pejing, Kampung Pantai dan lain-lain menghadapi masalah bekalan itu.

"Ketiadaan bekalan itu menyebabkan mangsa banjir sukar membersihkan rumah dan perlu dicuci segera kerana bimbang lumpur yang ada di dalam kediaman mereka sukar ditanggalkan," katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan SK Pesagi, Pejing dan Kampung Nyak di sini hari ini.

Menurut Shahaniza, kerosakan loji air di Simpang Jengka kini dalam proses baik pulih apabila Paip mengupah tenaga profesional membersihkan loji itu malam tadi.

No comments: