Pada mulanya rakyat dibeban dengan kenaikan minyak dan elektrik. Tetapi kali ini, Kerajaan pula akan mengenakan tol dan tambang LRT yang lebih. Lebih 50 tahun BN tadbir Malaysia, baru inilah BN mengkhianati AKUJANJI yang dibuat sebelum Pilihanraya.
Didalam Manifesto BN, Najib berjanji akan mengurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat. Sebaliknya Najib meningkatkan pula kadar tol.
Dalam masa sama, seorang yang disyaki kakitangan TNB telah meroyan apabila rakyat mempertikai kenaikan tariff elektrik. Dia telahpun memaki Mazidul apabila mazidul mempersoalkan kenaikan tariff elektrik.
Tahun lalu TNB meraih keuntungan RM684.9 juta sepanjang suku tahun ketiga. Tahun ini, keuntungan diperolehi berlipat ganda, RM1.7 billion dalam tempoh sama.
Saya difahamkan, kakitangan TNB bakal menerima bayaran bonus kira-kira 5 bulan atau lebih pada 18 Disember ini. Itu rezeki mereka berlandaskan prestasi diukur menggunakan KPI.
Melalui hujung jari semua rakyat negara ini maklum berhubung keuntungan berbillion ringgit TNB justeru apakah rasionalnya menaikkan tarif elektrik? Usah berasa harian jika rakyat mengeluh apabila terpaksa membayar tarif elektrik lebih tinggi berbanding sebelumnya. Dilaporkan lebih 70% pengguna domestik tidak terkena tempias kenaikan tarif itu. Bagaimanakah pula dengan pemilik restoran dan pengusaha kilang warga tempatan? Bukankan mereka itu juga rakyat Malaysia?
Jika tarif elektrik restoran dinaikkan, kebarangkalian harga makanan akan naik itu wujud. It is a chain reaction.- BersamaMazidul

Humm tariff elektrik naik, TNB untung banyak, kakitangan TNB pun boleh dapat bonus besar. Sedangkan duit itu semuanya keringat rakyat. Zalim sungguh TNB serta kakitangan mereka.
No comments:
Post a Comment