Geng Bas Sekolah

December 5, 2013

BOLEH PERCAYA KE #TANYAIBDIL #LIFESTYLE


PENJELASAN KE ATAS BAYARAN KEPADA PERUNDING SEBANYAK RM7.2 BILLION BAGI TAHUN 2009 - 2013

1. Kementerian Kewangan ingin merujuk kepada laporan berkaitan jumlah pembayaran kepada syarikat-syarikat perundingan swasta sebanyak RM7.2 bilion dari tahun 2009 hingga Oktober 2013.

2. Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.15 bilion adalah merupakan perbelanjaan di bawah Maksud Pembangunan bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013. Perbelanjaan ini antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan dan auditan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta, pengurusan, perkhidmatan pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, arkitek , juruukur dan kajibumi serta perkhidmatan penyelidikan pasaran dan ujian pasaran. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi ini adalah bagi melaksanakan projek-projek Kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan, kolej, membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.

3. Malahan, mengambil kira perbelanjaan sebenar pembangunan bagi tempoh 2009-2012, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM195.655 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang telah dikenalpasti di seluruh Negara.  Manakala untuk 10 bulan pertama tahun 2013, perbelanjaan sebenar pembangunan adalah sebanyak RM30.077 bilion.

4. Sementara itu, sebanyak RM1.05 bilion daripada RM7.2 bilion tersebut adalah belanja perkhidmatan dibawah Maksud Mengurus bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013, antaranya bagi perkhidmatan saintifik dan penyelidikan, perkhidmatan kajian ekonomi serta perkhidmatan professional lain seperti bayaran yuran audit, yuran guaman dan latihan perniagaan kepada usahawan.

5. Kesemua perbelanjaan tersebut adalah untuk menjayakan pelaksanaan projek Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negara.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
4 DISEMBER 2013

Hurmm boleh percaya ke dengan penjelasan Kementerian Kewangan merangkap Kementerian Perdana Menteri ni ? Jawapan pun macam nak tutup sesuatu je. Perbelanjaan di bawah Maksud Pembangunan, belanja perkhidmatan dibawah Maksud Mengurus. Macam macam nama. Tapi hasilnya tak nampak juga. Siling hospital Serdang dah runtuh 5 kali. Jalanraya masih tetap berlubang. Sekarang harga minyak naik. Dan bulan depan tarif elektrik pula naik. Bagilah nama apapun, duit tu tetap habis entah kemana.

Oh ye si KJ dah lantik mamat jambu ala ala teddy bear bagi jawatan Pengerusi Biro Media Baru. Mamat teddy bear ni dah buat sesuatu yang menyetuh hati blogger pro UMNO. Biasalah hati blogger pro UMNO ni semuanya lembut lembut belaka. Bila terkena dengan geng UMNO, mulalah tersentuh. Apapun aku taknak masuk campur. Pandai pandailah ko Ibdil oii.

No comments: