Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meminta Kerajaan Persekutuan menimbang untuk membina jambatan merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Kampung Cina di Kota Bharu dengan Palekbang, Tumpat iaitu projek yang dijanjikan Kerajaan Pas Kelantan kepada rakyat sejak 17 tahun lalu tetapi tidak pernah ditunaikan.
Menurut baginda, pembinaan jambatan tersebut penting bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang berlaku di bandar ini terutama pada waktu puncak.
Baginda bertitah demikian selepas merakamkan rasa sukacita kepada usaha Kerajaan Pusat menyiapkan pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra bernilai RM180 juta yang mempunyai empat lorong dan telah dibuka sepenuhnya pertengahan Oktober lalu.
"Perkembangan mutakhir Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra turut menggembirakan beta setelah ia dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas pada pertengahan Oktober lalu, beta mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas siapnya projek tersebut.
"Di samping itu, beta berharap Kerajaan Persekutuan dapat menimbang bagi membina sebuah lagi jambatan merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Kampung Cina, Kota Bharu ke Palekbang, Tumpat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak," titah baginda.

No comments:
Post a Comment