Kenaikan harga rumah hingga ke tahap tidak masuk akal khususnya di Lembah Klang dipercayai didalangi sindiket profesional yang membabitkan kumpulan spekulator dan syarikat perumahan sendiri.
Sindiket itu dipercayai dianggotai pihak yang mahir dalam selok-belok perniagaan hartanah yang akan mengenal pasti kawasan panas untuk pembinaan perumahan sebelum bertindak menempah unit rumah lebih awal.
Modus operandi mereka mudah iaitu meraih keuntungan atas angin secara segera melalui penjualan unit rumah yang telah ditempah lebih awal kepada pembeli-pembeli baharu dengan harga melambung tinggi hasil kerjasama syarikat perumahan.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad yang mendedahkan perkara itu memberitahu, akibat manipulasi harga oleh sindiket profesional berkenaan, ramai pembeli menjadi mangsa terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Sindiket ini memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan panas kerana mereka tahu dalam bidang hartanah yang penting adalah lokasi dan fasiliti. Modus operasi mereka ini sama seperti kegiatan ulat tiket tetapi dibuat secara lebih profesional.
"Sindiket ini yang rata-ratanya terdiri daripada spekulator akan menempah unit rumah, mereka bukan beli tetapi tempah. Ini berlaku dengan kerjasama syarikat perumahan bagi tujuan memanipulasi harga rumah untuk meraih untung.
"Sebab itu ramai yang tidak dapat membeli rumah mengikut harga asal sebaliknya membayar dengan harga baharu yang jauh lebih tinggi," katanya
"Adakah kita tidak mempunyai undang-undang untuk membanteras perkara ini? Adat orang berniaga di mana ada gula (peluang) pasti di situ ada semut (sindiket).
"Adakah anak kita mampu membeli rumah bernilai lebih RM400,000 atau RM500,000? Jauh panggang dari api. Adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan harga bagi pasaran hartanah sudah mencapai tahap tidak masuk akal," tegasnya.
Serentak itu beliau turut meminta kerajaan menyatakan perangkaan sebenar termasuk daripada pemaju perumahan untuk mengenal pasti pemilik rumah pertama, kedua atau selebihnya.
Jelas Wan Khairil, perangkaan itu penting kerana mampu mendedahkan identiti sebenar 'pembeli' unit rumah berkenaan sama ada terdiri daripada spekulator, pelabur atau penyangak antarabangsa.
Selain pemaju yang sengaja naikkan harga rumah, pembekal bahan mentah juga sama menaikkan harga. Pegawai Kerajaan yang bertanggungjawap dalam meluluskan sesuatu projek ini juga terlibat sama. Mereka inilah pemakan rasuah yang patut dipancung kepala.Pemaju pemaju cina ni bukan sahaja nak mengaut untung tapi turut memecahkan undi kaum melayu disesuatu tempat. Dengan menjual rumah berharga tinggi, sudah pasti orang melayu tidak mampu membelinya berbanding dengan kaum mereka. Dengan itu mereka dapat menguasai sesuatu kawasan.
No comments:
Post a Comment