Geng Bas Sekolah

November 28, 2013

BAHASA MELAYU SEMAKIN TERPINGGIR


Bahasa Melayu perlu diperkasakan dengan langkah-langkah yang lebih teguh kerana dilihat semakin terancam dengan penguasaan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris.

Kebimbangan tersebut disuarakan Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan yang memberi contoh peminggiran penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi harian, pengiklanan, papan tanda serta nama khas bagi sesebuah bangunan atau jalan raya.

Beliau berkata, kelemahan penguatkuasaan menjadi penambah 'barah' sehingga menyebabkan bahasa asing 'bermaharajalela' di dalam negara yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

''Ada kelemahan penguatkuasaan. Contohnya, di peringkat permohonan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk iklan atau papan tanda, perlu ada ketegasan mengutamakan bahasa Melayu.

''Ancaman ini nyata serta semakin buruk dan ditambah dengan sikap kita yang agak liberal terhadap bahasa asing. Jadi, kalau sudah terlanjur, bukan bererti tidak boleh ubah tetapi perlu ada keberanian politik,'' katanya.

Anwar menambah, Malaysia perlu mencontohi pemerintah Indonesia yang kini menunjukkan keberanian politik dengan menukar beberapa penggunaan bahasa Inggeris kepada 'akar' bahasa Indonesia.

Sementara itu, beliau mengajak pengarang sastera Melayu supaya memiliki hasrat untuk melahirkan karya bermutu serta mencapai tahap antarabangsa.

Baru nak sedar ke Bahasa Melayu semakin terpinggir ? Salah siapa semua itu berlaku jika bukan salah Kerajaan, DBP dan PBT. Menteri bila bercakap depan wartawan, dalam bahasa inggeris. DBP pula tak aktif. Perkataan dalam inggeris hanya diubah ejaan supaya ada bunyi kemelayuan sedikit. PBT pula tak turun memeriksa papan tanda, kain rentang dan sebagainya. Main luluskan je tanpa periksa betul betul ejaan, makna dan tujuan papan tanda dibuat.

Untuk memperkasakan Bahasa Melayu, usaha ini sepatutnya dibuat sejak awal dahulu. Ketika negara baru mencapai kemerdekaan. Kerajaan kena mansuhkan SJK dan hanya membenarkan hanya satu sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan yang menyatukan semua bangsa. Sekarang bangsa mata sepet sudah kuat, sudah bersatu. Jangan haraplah Kerajaan dapat memansuhkan SJK ini lagi.

Sekarang Kerajaan boleh menguatkuasakan undang undang dalam pemasangan papan tanda dan iklan. Jangan benarkan papan tanda dan iklan dibuat dalam bahasa lain selain dari Bahasa Malaysia. Malah bahasa inggerispun sepatutnya tidak dibenarkan. Barulah bahasa rasmi negara ini benar benar didaulatkan.

1 comment:

Anonymous said...

ppsmi telah mansuh, pelajar akan jadi lemah BI. Dah rugi satu perkara.
Pada masa sama, kerajaan sendiri tidak memartabatkan BM. Contohnya penggunaan RTC (rural transformasi center) dan UTC bagai. Transformasi konon, ke arah mana?
Program MBMMBI hanyalah macam kita balik ke 'square one'. Rugi kedua-duanya.