Geng Bas Sekolah

October 1, 2013

RANCANGAN PAKATAN BANGKRAPKAN NEGARA


Kerajaan tidak bercadang mengambil alih kesemua lebuh raya daripada syarikat konsesi kerana langkah tersebut membabitkan implikasi kewangan yang sangat tinggi iaitu sebanyak RM400 bilion.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peruntukan sebanyak itu sebaliknya boleh digunakan untuk mengadakan program-program yang boleh memberi faedah kepada rakyat.

"Kerajaan tidak mampu mengambil alih kesemua lebuh raya memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan yang sangat tinggi. Setelah diteliti, anggaran kos pengambilalihan adalah sebanyak RM400 bilion," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang sebelum itu bertanyakan sama ada kerajaan berhasrat mengambil alih semua lebuh raya dalam usaha mengurangkan bayaran tol dalam kalangan pengguna, selain mengelakkan syarikat-syarikat konsesi mengaut keuntungan besar akibat pertambahan jumlah trafik.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosnah berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat konsesi menggunakan hasil kutipan tol untuk menaik taraf kemudahan di sepanjang lebuh raya demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

"Melalui keuntungan kita menggalakkan mereka melaksanakan CSR (tanggungjawab korporat sosial) kepada pengguna seperti diskaun tol pada musim perayaan," katanya.

Gila apa nak ambil alih semua lebuh raya dari syarikat konsesi. Bazir duit je. Dah tu sapa pulak nak buat penyelenggaraan jalan nanti. Takkan Kerajaan lagi nak keluarkan duit. Tengoklah jalan kat tengah bandarpun berlubang, inikan pulak nak repair lebuh raya tu nanti. Jangan haraplah.

No comments: