Geng Bas Sekolah

October 1, 2013

PEMBANGKANG TAKUT DENGAN BAYANG SENDIRI


Kerajaan tidak berniat mengembalikan 'kuasa' Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu pindaan akta itu bersifat 'zalim' sebaliknya merupakan sebahagian proses transformasi.

"Tidaklah (bukan kembali kepada ISA). Itu adalah pindaan selari, kerana apabila PCA dipinda, ia juga melibatkan 10 undang-undang lain.

"Oleh itu, pindaan selari dilakukan supaya tidak bercanggah dengan pindaan yang akan dibuat oleh saya dalam akta itu (PCA) nanti," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas spekulasi pelbagai pihak berhubung pindaan PCA kononnya cuba mengembalikan kuasa ISA dengan memperuntukkan penahanan tanpa bicara.

Menurut Ahmad Zahid, beliau akan membuat penjelasan berhubung pindaan itu di Dewan Rakyat pada 30 September ini sekali gus meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat tafsiran sendiri mengenainya.

"Saya tidak mahu mendahului apa yang akan saya akan sebutkan nanti, harap bersabar. Kalau ada yang mahu berhujah, silakan. Saya berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima sebarang hujah bagi pihak kerajaan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dua lelaki yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang lewat malam tadi kerana didakwa membawa masuk barangan berkaitan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, Ahmad Zahid berkata, mereka cuma disiasat, bukan ditahan.

Katanya, siasatan yang dilakukan ke atas kedua-dua lelaki yang masing-masing merupakan warga Malaysia dan Thailand itu bagi memeriksa sama ada mereka menyeludup abu mayat Ching Peng atau sebaliknya.

"Kita bukan kejam sangat, kita bukan tahan, cuma siasat. Kita periksa sama ada abu itu dibawa atau tidak. Siasatan mendapati abu tersebut tiada jadi mereka dilepaskan," katanya.

No comments: