Untuk masalah pembaziran duit rakyat, aku syorkan menteri dan pegawai Kerajaan yang terlibat perlu meletak jawatan serta merta. Semua ini perlu dibuat untuk menjaga nama baik Kerajaan Malaysia. Jangan sampai rakyat bangkit dan mencampak keluar menteri dan pegawai Kerajaan terbabit keluar dari pejabat masing masing. Menteri dan pegawai Kerajaan ni banyak membazir duit untuk proram program yang tidak berfaedah. Banyak program yang dibuat hanya syok sendiri saja.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang memperlihatkan 'kepincangan' pengurusan kewangan serta pemilikan aset beberapa kementerian dan agensi kerajaan mendapat perhatian kalangan Ahli Dewan Negara yang mahu perkara itu tidak berulang pada masa depan.
Mereka menuntut kementerian terlibat menyelesaikan kepincangan itu sebaik mungkin supaya maruah kerajaan tidak tercalar dengan laporan sedemikian.
Membawakan isu tersebut ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, dalam usaha membanteras rasuah, mereka yang berada dalam 'keluarga' kerajaan perlu bersikap telus dan perlu mencerminkan tindak-tanduk yang baik kepada rakyat.
''Merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2012, kadang-kadang kita malu, adakah (sebahagian) kementerian tiada integriti? (Hasil) Audit perlu ditangani dan diselesaikan dengan baik, jika tidak maruah kerajaan akan tercalar. Demi negara, demi bangsa, maruah dan imej, kena buatlah (tangani)," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Terdahulu, beliau memberi respons celahan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman yang mengetengahkan isu sebuah agensi kerajaan yang membelanjakan RM3,810 untuk sebuah jam dinding yang hanya berharga RM100.
Untuk itu, Abdul Rahman mahu pihak terlibat supaya bertanggungjawab dan tidak 'bermain' dengan soal harga untuk mengaut keuntungan sendiri.
Dalam pada itu, Senator Datuk Dr. Johari Mat menegaskan laporan itu perlu diteliti dan diterima secara positif.
''Kita sebagai sebuah keluarga, ada yang menegur, ada yang salah, ada yang silap untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain. Tetapi, wang yang diberikan kerajaan kepada kementerian-kementerian, itu adalah tanggungjawab dan amanah.
''Ingatlah, gejala itu akan dipersoalkan sama ada di dunia atau di akhirat nanti. Mana-mana teguran perlu dilaksanakan dengan baik dan diambil tindakan agar wang negara terjamin. Jika diberikan perhatian, saya fikir peruntukan tambahan (perbekalan tambahan) ini dapat dikurangkan," katanya.

1 comment:
Korupsi di kalangan jab kerajaan dah jadi rahsia umum. Amat melampau. Asal nama tender je, nak pelahap. Markup gila2. Menteri berkenaan perlu ambil tindakan serta merta sblm menteri itu sendiri dibuang.
Post a Comment