Geng Bas Sekolah

October 16, 2013

HINANYA MALAYSIA KEDAULATAN DICABAR


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengakui terdapat kenaikan harga daging lembu di beberapa pasar dan pasar raya sejak beberapa hari lalu berikutan jumlah permintaan yang tinggi.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, kenaikan harga antara RM2 dan RM3 itu berpunca daripada ketiadaan peniaga Melayu ekoran sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kesempatan itu katanya, digunakan oleh peniaga asing terutama Indonesia untuk mengaut keuntungan.

"Saya telah mengarahkan pegawai di bilik gerakan yang bertugas ke lokasi berkenaan untuk menyiasat aduan.

"Kenaikan tersebut kerana permintaan yang tinggi sedangkan KPDNKK pula tidak mengawalnya seperti musim perayaan lain di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, harga di beberapa pasar di Kuala Lumpur adalah berbeza-beza, contohnya harga tertinggi di Pasar Taman Tun Dr. Ismail adalah RM16 sekilogram manakala harga terendah di Pasar Pudu iaitu RM14.50.

"Di Pasar Chow Kit pula dijual antara RM14 dan RM15 bergantung pada bahagian dan kualiti daging berkenaan," jelasnya.

Apahal pulak orang Indon boleh berniaga di pasar pasar di Malaysia ni. Memang betul lah peniaga melayu cuti raya tetapi kenapa Kerajaan boleh biarkan pendatang asing bebas berniaga. Aku tak panas pasal harga daging mahal tapi aku panas hati bila pendatang asing suka suka je datang negara ni lepas berniaga ikut suka mak bapak dia je. Penguatkuasa, Pegawai Imigresen ni buat apa ? Makan gaji buta je ke. Yang pemimpin negara ni satu hal perangai. Batal kan je lah hak pendatang asing untuk mendapat jak permastautin. Jangan diberi lagi dah. 

Orang kat Malaysia ni dah ramai sangat dah. Tak payah nak bagi kerakyatan pada pendatang asing. Sudah sudahlah kesilapan Tunku memberi kerakyatan pada orang cina dahulu. Sekarang tak payahlah nak bagi muka pada pendatang Indon, Nepal, Bangla dengan Pakistan tu.

1 comment:

Anonymous said...

Pegawai Imigresen hanya menunggu arahan dari pihak atasan. Masalahnya yang paling besar, Depot-depot Imigresen seluruh negara sekarang begitu sesak dengan PATI yang ditangkap.