Geng Bas Sekolah

September 23, 2013

LOKMAN ADAM PARASIT PKR HANCURKAN UMNO


Sapa dia Lokman Adam yang sibuk nak pegang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno ni beb? Dulu mamat ni duduk dalam kem Keadilan sebagai macai kepada Anwar dan Assmin. Dia setaraf dengan Ezam kotak yang digunakan oleh Anwar untuk memaki hamun semua pemimpin Umno dan kerajaan.

Malah ada satu ketika, mamat tu bertindak membakar bendera Umno hanya semata-mata nak menunjukkan dia setia dan berani buat apa saja untuk Anwar.

Tapi bila Anwar dan Keadilan mula ditolak oleh rakyat, Lokman dan ulat2 taik dalam Pkr pun tergedik2 lompat maduk Umno untuk jaga periuk nasi sendiri dengan alasan kononnya dah insaf.

Cuba korang teliti balik, apa jasa mamat tu untuk perjuangan Umno selama ni? Kalau setakat tak habis2 pasal Anwar, gua pun boleh beb.. Sama lah jugak macam Ezam kotak, tak habis2 dengan rahsia kotak dia dari dulu sampai sekarang.

Dan kalau setakat boleh berceramah je tak cukup beb.., kena jugak pandai buat kerja untuk majukan parti dan menaikkan imej kerajaan. Jangan jadi macam Zul Kulim yang berkokok bukan main pasal Anwar, tapi nak lawan Khalid Samad pun tak mampu di Shah Alam. - Sumber MPP

Kenapa UMNO suka mengambil sampah sarap dari pembangkang? Apakah mereka yang telah mengkhianati pakcik Anwar itu boleh dipercayai ? Tidakkah pemimpin UMNO ni terfikir, jika mereka boleh mengkhianati pakcik Anwar, maka mereka juga boleh mengkhianati UMNO pula.

Apakah UMNO begitu terdesak sehingga perlu mengambil sampah dari pembangkang ? Apakah orang orang UMNO yang setia berpuluh tahun itu tidak sepadan dengan pengkhianat yang baru setahun dua masuk UMNO ? 

Jika inilah trend didalam UMNO, UMNO bukan saja akan kalah PRU14 tapi akan hancur dan mansuh dengan sendirinya. Sehingga nama UMNO akan dilupakan orang sepertimana nama Semangat 46 dahulu.

No comments: