Geng Bas Sekolah

August 7, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Disini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan rakan yang mengenali siapakah gerangan sebenar diri ini. Dan juga diucapkan kepada semua yang rajin membaca, terbaca atau buat buat baca blog yang daif ini.

Jika tiada aral melintang, kiranya esok juga blog ini akan aktif seperti sebelum Ramadhan lepas. Maklumlah bulan Ramadhan, tak boleh nak update sangat. Takut terkurang pahala puasa. Ini dah raya, lawan tetap lawan hehehe.

Aku kalau nak minta maaf pada pakcik Anwar, Nik Ajis dan cacai cacai PR, nampak sangatlah poyo kan. Apa guna cakap nak minta maaf tapi balun mereka semula kan. Jadi rasanya tak payahlah kot. Buat buat lupa je lah boleh hehehee.

Apapun aku tetap ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN pada korang semua. Bawa kereta tu elok elok. Jangan nanti raya tahun ini adalah raya yang terakhir buat korang. Jaga makan minum, paling penting jaga poket tu. Kasi hulur duit raya lebih sikit tahun ni ye heheheee.

No comments: