Geng Bas Sekolah

July 3, 2013

CINA DAP SURUH BOIKOT SEBAB TAKNAK PAS / PKR DAPAT KERUSI


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak saranan rakan sekutunya, DAP supaya Pas memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, parti itu sebaliknya menyokong Pas bertanding di kerusi tersebut.

Majlis Pimpinan Pusat parti telah membuat ketetapan semalam untuk mendokong calon Pas yang akan terus kekal di DUN itu.

Majlis juga telah mengarahkan seluruh jentera pilihan raya peringkat pusat dan negeri untuk membantu bagi kemenangan Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pas Terengganu tidak mengendahkan saranan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, sebaliknya berpendirian tegas akan bertanding di situ.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, tidak timbul soal memboikot PRK DUN Kuala Besut kerana Pas negeri bertekad mahu memenangi kerusi di DUN itu biarpun tewas majoriti 2,434 pada pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau berkata, tiada istilah boikot ketika ini kerana Pas negeri tidak bercadang memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi itu dengan 'percuma'.

"Tidak timbul boikot PRK ini kerana baru-baru ini ada yang mahu boikot angkat sumpah di Parlimen tetapi akhirnya pergi juga angkat sumpah, jadi, kita tetap dengan keputusan kita yang akan letakkan calon Pas di DUN Kuala Besut.

Akhirnya nampak juga kecerdikan puak PAS dengan PKR ni yek. Kalau mereka ni ikut cakap DAP, memang mereka ni manusia paling bodohlah. DAP suruh boikot sebab DAP tak dapat nak letak calon dia kat situ. Dan jika calon PAS menang, maka yang mendapat kerusi adalah parti PAS. DAP kalau boleh taknak parti PAS dapat kerusi lagi.

Nampak tak permainan orang cina kat situ !

No comments: