Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
June 11, 2013
Penghina Rasullulah s.a.w Perlu Dihukum Berat
Tidak ada yang paling hina dalam hidup kecualilah penghinaan itu sendiri. Kisah penghinaan masyarakat bukan Islam terhadap Nabi Muhammad SAW bukanlah perkara ganjil kerana ia sudah lama berlaku.
Selepas perbuatan memperlekeh Yang di-Pertuan Agong, masyarakat Islam negara ini dikejutkan pula penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW menerusi laman sosial. Tujuannya mungkin dengan harapan dapat mengalihkan persepsi umum tentang kebobrokan politik pakatan pembangkang.
Golongan pengkhianat, hati kering, najis dan tiada pegangan agama ini sebenarnya sudah kehilangan pertimbangan fikiran rasional. Dengan bermotifkan politik mereka tidak boleh membezakan bahawa orang yang dihinanya atau dijadikan taruhan pengetahuannya adalah seorang insan yang paling mulia dan menjadi teladan terbaik buat manusia, yang belum ada tandingannya meskipun Baginda sudah wafat lebih satu milenium (tepatnya, 1,381 tahun berdasarkan perkiraan 2013-632).
Dalam Islam atau dalam mana-mana agama sekalipun kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan perkara yang sangat tercela dan dilarang.
Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina. Kata-kata kotor, nista, umpatan, hinaan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan dan pertumpahan darah.
Kita mungkin teringat dengan hukuman bunuh yang pernah diberikan oleh Ayatollah Khomeini apabila Salman Rushdie (melalui novelnya yang kontroversi, Satanic Verses) melukiskan perwatakan Nabi Muhamad SAW sebagai karikatur dan mempersendakan Baginda.
Mungkin juga kita tidak lupa dengan kata-kata pedih yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin tertentu bagi menggambarkan watak yang tidak disukainya.
Di Indonesia, Kipanjikusmin pernah dikritik hebat apabila menggambarkan Nabi Muhammad SAW menaiki sputnik (menggantikan burak semasa peristiwa Israk dan Mikraj) melalui cerpennya, Langit Makin Mendung.
Ahli Parlimen Belanda pula menghadapi tentangan hampir seluruh umat Islam apabila menyiarkan filem dokumentari Fitna dan sebagainya.
Menurut analisis Reza Aslan, No God Without God (2007) edisi bahasa Melayunya bertajuk Tiada Tuhan Melainkan Allah (2011), sejarah kelam masyarakat Quraisy Mekah yang bergantung harap perniagaan kepada pengunjung dalam ritual agama merasa terancam apabila Nabi Muhammad SAW mula menyebarkan agama yang menolak kepada penyembahan berhala. Pernah ditaksirkan pada suatu ketika terdapat lebih 300 berhala di Mekah yang sekarang ini terdirinya Kaabah.
Melancarkan serangan ke atas Nabi Muhammad SAW berubah kaedah apabila masyarakat Barat yang sekian lama dikongkong oleh gereja mula merasakan sedikit kebebasan dan kepintaran pengetahuan setelah empayar-empayar Islam begitu hebat meletakkan pendidikan sebagai puncak pembinaan tamadun.
Warisan ilmu-ilmu Islam telah menyerap masuk dalam kebudayaan Barat apabila mereka menyekat kebebasan berfikir dan menghukum bunuh para pemikir yang melampaui kelaziman pendirian gereja.
Gerakan menentang kongkongan gereja yang dikenali sebagai sekular itu akhirnya berjaya membangun sudut pandangan baharu dan semakin mendapat perhatian sehingga menyebabkan kedudukan gereja tercabar.
Gerakan itu pula berjaya dimanipulasikan oleh kelompok Yahudi. Kelompok Yahudi mula bimbang, seandainya pengikut-pengikut Nabi Isa AS tidak diselewengkan, ia bakal menggugat kehormatan rahib dan sinagog, yang mungkin akan dibangunkan gereja-gereja yang lebih besar.
Serangan ke atas Islam sampai ke kemuncaknya apabila tipu muslihat pendokong Yahudi dalam tubuh penganut Kristian menyandera ilmuwan Islam di Cordova dan seterusnya Empayar Uthamaniah di Turki.
Penaklukan itu telah meruntuhkan empayar Islam dan fahaman sekular dipraktikkan secara meluas dalam keseluruhan aspek hidup. Di Turki sekolah-sekolah diharamkan mengajar pendidikan Islam manakala pakaian menutup aurat dilarang sama sekali. Perkara yang sama juga berlaku di Eropah walaupun negara-negara tersebut meletakkan prinsip kebebasan sebagai asas undang-undang.
Setelah berlangsungnya Revolusi Islam Iran pada 1979, pengaruhnya begitu meluas membangkitkan semangat kebangkitan Islam di seluruh dunia.
Kebangkitan semula Islam dilihat sebagai ancaman besar kepada kapitalisme dan sosialisme yang saling bertentangan atas prinsip dan kaedah pemilikan material ditambah keperluan memperluaskan pasaran barangan pengguna selepas era penjajahan fizikal sudah berakhir.
Atas keinginan membentuk "order baharu dunia" di bawah telunjuk dan penguasaan Yahudi, para pemikirnya menzahirkan satu doktrin "hak asasi dan kebebasan" sebagai wadah menggoncangkan masyarakat beragama sebagaimana telah berjaya dilaksanakan ke atas agama yang diajar oleh Nabi Isa AS.
Kali ini, mereka mula menyerang pemikiran masyarakat sehingga membangkitkan istilah Yahudi-Islam (salah seorang pelopornya ialah orientalis Bernard Lewis, yang merupakan guru kepada Samuel P Huntington, pencetus teori "Pertembungan peradaban Barat-Islam" pada 1995).
Akibat berakhirnya sosialisme, masyarakat Barat mula menetapkan sasaran besar untuk mensabotajkan Islam setelah melihat potensi besar yang sedang berlaku di seluruh dunia, termasuk perniagaan barangan halal dan sistem kewangan tanpa riba.
Kerana itulah Islam dilihat sebagai ancaman besar selepas runtuhnya rejim komunis dan berkesannya dasar glassnot dan prestorika Brezhnew sehingga membentuk sistem politik satu pola atau konsep perang dingin.
Oleh kerana kapitalisme hidup atas prinsip eksploitasi dan manipulasi, maka pilihan yang ada ialah memburuk-burukkan setiap aspek yang berkaitan Islam. Hal itu bukanlah sesuatu yang sukar kerana sudah ramai penganut Islam yang menerima pendidikan Barat percaya bahawa "kebebasan dan hak asasi" adalah hak setiap orang, maka mudahlah interpretasi terhadap simbol-simbol agama dan kaedah pendidikan Islam secara tradisional dirombak. Ini berlaku dengan pesatnya sehingga ada cendekiawan Islam percaya kaedah ilmiah Barat adalah yang terbaik dan wajar dijadikan kerangka ilmu oleh Islam.
Cendekiawan Islam mula menyerap masuk pelbagai aliran falsafah sehingga membawa kekalutan dalam pemikiran golongan terpelajar misalnya eksistentialisme, behaviorisme, peranialisme, strukturalisme, hermeneutika, pluralisme, liberalisme dan terkini ialah menterjemah semula freudianisme menjadi neo-freudianisme-termasuk yang menjadi landasan analisis oleh seorang sasterawan Malaysia untuk melihat permasalahan politik yang sedang berlaku.
Jika sebelumnya umat Islam boleh bersatu mengecam segelintir pendokong falsafah Barat yang menghina Nabi Muhammad SAW sama ada dalam bentuk karikatur, penulisan buku, penerbitan filem, pembakaran al-Quran, penerbitan risalah, mengepos dalam laman sosial dan mencetuskan viral menerusi internet - kali ini nampaknya segelintir masyarakat Islam masih diam membisu dalam isu terbaharu ini.
Meskipun musuh-musuh Allah tidak pernah berhenti melakukan kerosakan dan penyesatan di mana-mana, tetapi pada masa kini kita dapat melihat betapa banyak pemuda di usia produktif yang walaupun tidak mengenal betul hakikat peribadi Nabi Muhammad SAW, ternyata mereka tetap berlumba-lumba berusaha mendekati keperibadian Rasulullah SAW untuk kemudian berkerumun mengelilingi sumber cahaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment