Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mempersoal tindakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Bank Bhd., Datuk Seri Nazir Tun Razak yang memuji sikap CEO AirAsia X, Azran Osman-Rani melabel akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis.
Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini menjelaskan, mereka kesal dengan tindakan Nazir itu dan menyifatkan beliau terperangkap dalam kerangka minda membelakangkan sensitiviti kaum Melayu.
Sehubungan itu, pertubuhan berkenaan secara sinis meminta Nazir bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka dengan Azran demi menguatkan lagi sikap anti-Melayu mereka.
“Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa ‘Seperti Kacang Lupakan Kulit’.
“Janganlah hanya disebabkan bank dipimpin oleh Nazir menjadi penasihat utama AirAsia X, maka beliau sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya mengharapkan pembelaan daripada anak-anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau," kata kenyataan itu. - PahangKu
No comments:
Post a Comment