Geng Bas Sekolah

June 16, 2013

Husam Dah jadi Gila Exco


Pas Kelantan menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menuduh pemimpin parti yang tidak menyokong perhimpunan pakatan pembangkang di padang Majlis Daerah Ketereh malam kelmarin sebagai pengkhianat parti dan lupa asal-usul.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perhimpunan Blackout 505 bukan program parti tetapi inisiatif beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan, malah tiada jemputan rasmi diberikan kepada Pas Kelantan.

Mohd. Amar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri turut meminta Husam supaya berhenti daripada menyindir pemimpin lain kerana kehadiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sudah membuktikan komitmen kerajaan Pas Kelantan dalam menentang penyelewengan pilihan raya.

Menurutnya, pertama, program di Ketereh itu bukan anjuran parti, tetapi NGO dan Pas negeri tidak dirujuk untuk mengadakan program itu, sebaliknya hanya mendengar tetapi tidak ada sebarang perbincangan rasmi.

"Saya sendiri hari Rabu itu terima panggilan telefon jemput hadir tapi last minute, saya tidak boleh hadirlah kerana ada komitmen lain.

"Kalau kata kita tidak menyokong, menteri besar sendiri hadir, jadi kehadiran beliau adalah sokongan paling jelas terhadap program itu, bukan mesti semua orang hadir. Beliau mewakili negeri dan parti, jadi pada pandangan saya kehadirannya sudah cukup bermakna," katanya.

No comments: