Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) kesal dan kecewa dengan pihak pengurusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang didakwa mengeluarkan kenyataan menggambarkan seolah-olah orang Melayu tidak mampu menjadi kontraktor berjaya.
Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad (gambar) berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan, SPNB sepatutnya lebih profesional dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak dilihat menghina kemampuan kontraktor Melayu.
Menurut beliau, SPNB sepatutnya mengkaji punca kegagalan kontraktor Melayu di bawah agensi mereka kerana terdapat kira-kira 28,000 kontraktor Melayu kelas F yang menjalankan kerja-kerja dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), badan berkanun dan pelbagai agensi kerajaan lain terbukti dapat melaksana tugas dengan baik.
"Jika kontraktor Melayu itu boleh menyiapkan kerja-kerja tersebut yang bernilai RM5 bilion, sudah pasti ada yang tidak kena dengan cara kerja SPNB sehingga ramai kontraktor Melayu gagal menyiapkan kerja di bawah agensi tersebut.
"Bukan kontraktor Melayu tidak boleh ditegur tetapi sepatutnya kontraktor kelas F yang masih baru dilatih serta diberi peluang, bukannya dihina seperti itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh mendedahkan jumlah kontraktor kelas F yang disenarai hitam agensi itu meningkat lebih enam kali ganda atau sebanyak 640 peratus iaitu kepada 888 kontraktor tahun lalu berbanding hanya 120 pada 2011.
Menurut beliau, kontraktor-kontraktor itu terpaksa disenarai hitam selepas projek yang dijalankan terbengkalai meskipun SPNB memberi banyak kelonggaran termasuk tempoh lanjutan.
Pada akulah, kontraktor melayu memang bermasalah. Memang betul ramai juga yang bagus kerjanya dan cemerlang. Tetapi ramai juga yang teruk. Dalam hidup ni, Presiden PKMM tak boleh nak disalahkan semua pada orang lain. Sebabnya dah banyak kes dilaporkan projek terbengkalai, kualiti tak elok, ramai kontraktor melayu jadi ali baba.
Bila semua masalah ni berlaku, nak salah SPNB pulak ? Agak agaklah. Rakyat bukannya bodoh. Sampai tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Banyak bangunan Kerajaan mengalami masalah walhal peruntukan berjuta juta ringgit. Bangunan siap tak sampai enam bulan, sudah ada paip air pecah, dinding berkulat, bumbung runtuh. Tu stadium kat Terengganu tu. Apa cerita ? Tengah baikipun boleh runtuh semula apa jadi ?
Maaf kalau aku cakap kasar, banyak kontraktor kelas F ni sebenarnya kroni. Bila kroni kerja semua jadi taik. Main sub sub pada orang lain. Bila dah sub, kualiti barang jadi teruk. Akhirnya projek jadi hancur. Itupun nak salahkan SPNB juga ke ?
No comments:
Post a Comment