Geng Bas Sekolah

April 25, 2013

PKR Lanchang Memalukan Anwar Ibrahim


Masalah PKR di Pahang ini bukan lagi satu isu kecil malah ianya sudah diketahui satu Malaysia. Perbalahan sesama ahli sehingga Pengerusipun boleh diejek secara terbuka oleh ahli ahli PKR sendiri di Indera Mahkota.

Fauzi Abdul Rahman yang merupakan calon PKR bagi Parlimen Indera Mahkota telah ditolak secara terang - terangan oleh ahli - ahli PKR sendiri dihadapan Anwar Ibrahim. Dan sekarang, giliran Timbalan Pengerusi pulak dimalukan oleh para pengikut PKR apabila bantahan tersebut mula hangat diperkatakan.

Mereka menganggap tindakan PKR Pusat menamakan calon dikawasan - kawasan seluruh Pahang hanya ibarat calon 'Tangkap Muat' dan meminggirkan pemimpin tempatan. Di Dewan Undangan Negeri Lanchang, perbalahan semakin parah apabila orang luar diangkat sebagai calon sedangkan anak tempatan disingkir.

Bagi mereka, ianya satu penghinaan apabila pemimpin tempatan tidak langsung dipandang oleh kepimpinan PKR Pusat. Bagaimana mereka mahu memperjuangkan rakyat? Selain menganggap Nizam Hamid sebagai 'Orang Luar', mereka juga turut mendakwa Nizam tidak pernah duduk sepentas dengan mana - mana orang PAS sebelum ini.

Malah, kata mereka, Nizam juga merupakan diantara mereka yang kuat membantah pemindahan kerusi Parlimen Temerloh kepada PAS sebelum ini.

Perbalahan yang kian meruncing ini menyebabkan pakcik Anwar terpaksa datang ke Lachang petang tadi. Tetapi rasanya keputusannya tetap sama. Ahli PKR Pahang sudahpun berkerat rotan dengan pakcik Anwar. Malah sudah berikrar akan membantu bekas ahli PKR anak tempatan yang bertanding sebagai diatas tiket bebas. - Sumber PahangKu

Pakcik Anwar kata nak tawan Pahang. Di bentong, satu kerusipun PKR tak bertanding. Dari 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi Dun, 4 kerusi ditandingi oleh DAP manakala hanya 1 kerusi saja ditandingi oleh PAS.

Sekurang kurangnya PAS masih ada maruah berbanding PKR hehehehe.

1 comment:

Anonymous said...

sokong.. tolak org luar, jangan nanti jadi seperti biskut.. kejap ada banyakkkk tak ada... rakyat tempatan juga akhirnya yg melopong..