Geng Bas Sekolah

April 1, 2013

Pengikut PAS Dilihat Melancap Dengan Bendera Parti


Sebanyak 27 bendera Barisan Nasional (BN) dibakar dan tiangnya dipatahkan dalam tiga kejadian berasingan di pekan Parit Bakar di sini sejak lebih seminggu lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Ahad, Selasa dan awal pagi Rabu lalu itu disyaki dilakukan oleh sekumpulan penyokong Pas. Pengerusi Biro Keselamatan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), UMNO Bahagian Muar, Mahmud Md. Top berkata, kejadian pertama dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2 petang, Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, empat bendera BN telah dibakar dan tiangnya dipatahkan.

"Kejadian kedua pula berlaku pada pukul 9.30 malam, Selasa lalu dan insiden ketiga pada pukul 1.30 pagi, Rabu lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mahmud mendakwa, pada pukul 9.30 malam, Selasa lalu, beliau dan rakannya melihat sendiri perbuatan itu dilakukan oleh kira-kira lima orang penyokong Pas. Semasa tiba di kawasan tersebut, penyokong parti pembangkang itu turut memaki mereka dan mengutuk UMNO serta BN.

"Saya lihat 20 bendera dibakar dan tiangnya dipatahkan tetapi bagi mengelakkan ketegangan, saya menyuruh rakan-rakan bersurai selepas berlaku pergaduhan mulut. Saya sangka perkara ini habis di situ tetapi pada pukul 1 pagi, didapati penyokong Pas berkumpul lagi di situ dalam jumlah lebih ramai iaitu lebih 10 orang. Saya lihat empat lagi bendera sudah dibakar. Kami bukan tuduh sebarangan kerana kami kenal penyokong Pas itu, mereka penduduk tempatan," dakwanya.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit Bakar, Mohd. Isa Arbai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada pukul 7 malam, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan enggan mengulas lanjut kes berkenaan kerana masih di peringkat awal siasatan.

No comments: