Geng Bas Sekolah

April 2, 2013

Pahang Bakal Mendapat Perpustakaan Negeri Baru


Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu Perpustakaan Awam Pahang di Kemunting.

Bangunan berkenaan akan dibina di Jalan Tanah Putih, Kemunting, Mukim Kuala Kuantan diatas tapak seluas 1,618 hektar.


Bangunan Baharu Perpustakaan Awam Pahang itu direka bentuk dengan dua blok dan setiap satu terdiri dari 3 tingkat bagi menyediakan berbagai jenis perkhidmatan kepada pelbagai lapisan dan pelbagai latarbelakang masyarakat.

Bangunan yang bakal menjadi mercu tanda keilmuan Negeri Pahang Darul Makmur ini akan memaparkan rekabentuk yang menarik dan moden serta dijangka siap pada tahun 2015. - PahangKu

1 comment:

Anonymous said...

PARLIMEN DAH BUBAR...BN PAHANG TETAP MENGEGAR BROO HUHUHUHU