Geng Bas Sekolah

April 5, 2013

Nik Aziz Lebih Mulia Dari Nabi ?


Nik Aziz yang semakin gila dengan nikmat dunia baru baru ini telah memfitnah umat islam dan mendakwa semua amal ibadah umat islam ditolak hanya kerana tidak menyokong parti PAS.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya. - Pahangku

Sementara itu, seorang Ulama yang juga Mufti Perak menegaskan Nik Aziz tidak layak malah tidak berkuasa apa apa dalam menentukan soal dosa pahala seseorang. 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berhak menghakimi amalan solat umat Islam negara ini kerana ketentuan pahala amalan itu kekal menjadi hak mutlak Yang Maha Esa, Allah SWT.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, hal ini kerana kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.

"Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.

"Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, Harussani meminta rakyat tidak terpengaruh dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam. Sambil menyelar tindakan itu, beliau berkata, hanya Nik Abdul Aziz yang masih tidak nampak dasar Islam yang dibawa UMNO dalam mentadbir negara ini.

"Berkemungkinan kerana UMNO tidak amalkan hukum hudud seperti yang diperjuangkan Pas itu, maka dengan mudah dia menuduh parti itu menolak dasar Islam sedangkan Malaysia begitu disanjungi negara luar sebagai peneraju kewangan dan perbankan Islam serta lain-lain lagi," katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Ikut sedap hati kau je tulis artikel mengata tGNA.....
Yg sorang akan kata, "U ulang, I saman"
TGNA kata, "U ule, masok nerako"

Anonymous said...

apa masalah dgn nik aziz ni??? apa masalah dengan kebangsaan?? kebangsaan tak ada pun kata tolak Islam??... setiap manusia di dunia ni Allah dah jadikan berbagai bangsa??? dan ada berbagai agama??? UMNO tak ada pun cakap tolak Islam..malah telah memajukan dan mengembangkan Islam di Malaysia ni...telah menjadikan Islam agama rasmi negara...dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam setiap pentadbiran...bank Islam..universiti Islam...sekolah Islam..tahfiz dan byk lagi...

Anonymous said...

berpuluh puluh tahun memerintah kelantan pun tak laksanakan hudud...tapi asyik menyalahkan orang lain??? kenapa berpuluh2 tahun memerintah Kelantan tidak berjaya melaksanakan hudud yang 90% rakyatnya Islam?? memang PAS ni gah pada slogan je tetapi perlaksanaan gagal?? sekarang ni dh tukar pulak negara berkebajikan...dan bergabung dengan DAP...dalam manifesto PR pun tak ada hudud??? apa citer ni??

Anonymous said...

amal dan amalan seseorang itu mengikut iman masing2...
bukan ikut parti yang tertentu...
sapa yang mengikut amal dan amalan nik aziz dan pas....
SUATU YANG INGIN NAK DI PERKATAKAN...
DI MANA LETAKNYA IMAN2 MEREKA DI DALAM PAS...???

UMNO PARTI PENJARA said...


Lihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...

BUKTI 1
BUKTI 2
BUKTI 3
BUKTI 4

Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6