Geng Bas Sekolah

April 16, 2013

Aisyah Dibenci Puak PAS

Hehehehe jangan ingat title penyanyi tu boleh dapat sokongan pengundi. Popular manapun seseorang penyanyi, dia hanya seorang penyanyi. Bukan tokoh masyarakat. Pemimpin PAS sekarang pun dah semakin sesat. Semakin rakus mengejar dunia.  Sampai letak penyanyi jadi calon. Tema baru PAS , "Membangun Bersama Penyanyi" kekekeke.

Tindakan Pas meletakkan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol dikatakan tidak direstui kebanyakan ahli Pas yang mahu Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa bertanding di kawasan itu.


Pas di Jempol khabarnya kini berkrisis kerana Aishah yang tidak mempunyai pengalaman politik didakwa akan hanya memalukan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan kehadirannya sebagai calon 'payung terjun' di kawasan tersebut.

Ada dalam kalangan ahli Pas akar umbi dikatakan sedang berkira-kira mahu menolak Aishah kerana kesetiaan mereka terhadap Mohd. Fairuz menyebabkan wujud dua kem di kawasan Pas Jempol ketika ini.

Ini kerana penyokong Mohd. Fairuz kecewa apabila nama pemimpin ini tidak diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu walaupun pada awalnya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Pas II negeri, Abd. Rahman Ramli, beliau adalah calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Hal ini membuatkan ramai dalam kalangan penyokong Pas kini meragui kredibiliti pemimpin mereka yang tidak sehaluan dalam memilih calon, apatah lagi mengetepikan hak dan suara akar umbi yang mahukan pemimpin tempatan dan berpengalaman beraksi di pentas PRU-13.

Selain itu, kawasan Parlimen Jempol adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama justeru Aishah dikatakan sukar untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

Aishah dilihat sukar untuk menandingi kepimpinan calon BN khususnya dari UMNO, apatah lagi untuk memenangi hati penduduk Felda yang kebanyakannya merupakan penyokong kerajaan.

No comments: