Geng Bas Sekolah

March 10, 2013

Serangan Kilat Pakatan


Semakin hampir dengan PRU13, jentera pembangkang mula memainkan semula isu isu lama yang jelas adalah fitnah. Untuk memastikan perancangan mereka berjalan lancar, mereka menggunakan taktik Blitzkrieg. Mereka akan turun kepada rakyat dan menyebarkan cerita cerita fitnah terhadap Kerajaan Malaysia.

Sejak selepas PRU 12 dahulu, mereka sudahpun memulakan kempen menburukkan Kerajaan Malaysia dengan menyerang Institusi Raja-Raja Melayu, sistem kehakiman negara, PDRM, hak orang melayu malah mencemarkan kesucian agama Islam sendiri. Mereka sudahpun menyusun segala perancangan ini sejak awal lagi. Ini semua tidak menjadi masalah kepada Pakatan kerana pakcik Anwar adalah seorang perancang politik yang pandai, ditambah lagi dengan bantuan dari NGO NGO asing sudah cukup membuatkan segala perancangan mereka boleh menjadi kenyataan.

Tragedi Lahad Datu yang berlaku baru baru ini adalah sebahagian dari pelan tindakan mereka. Semuanya bertujuan mengalih tumpuan Kerajaan dan dalam masa yang sama, menekan Kerajaan menjelang PRU 13. Untuk membantu melicinkan lagi operasi Blitzkrieg, semua fitnah fitnah lama seperti Altantuya, cincin Rosmah, enjin jet akan dikeluarkan semula.

Malah baru baru ini juga Pakatan mengunakan ayah Saiful Bahari sebagai salah satu senjata mereka didalam operasi Blitzkrieg. Setelah bertahun kes liwat pakcik Anwar dan Saiful, tiba tiba ayah Saiful membuat pengakuan 360 darjah dengan memihak kepada Pakatan. Kenapa dia hanya membuat pengakuan setelah PRU 13 semakin dekat dan selepas peristiwa Lahad Datu ? Inilah bukti operasi Blitzkrieg Pakatan.

Malah P.Bala juga muncul semula baru baru ini. Semuanya sudahpun dirancang dengan baik oleh Pakatan untuk menumbangkan Kerajaan Malaysia. Dalam operasi Blitzkrieg, selain menekan Kerajaan Malaysia, ia juga adalah serampang dua mata untuk menutup segala kes yang melibatkan Pakatan seperti kes liwat, pelacur cina, LGBT dan lain lain.

Bagi Pakatan, operasi Blitzkrieg tidak menjadi masalah kerana mereka mempunyai hubungan yang cukup baik dengan NGO NGO asing diluar negara. Mereka boleh membantu Pakatan dengan menggerakkan media asing dengan memburukkan Karajaan Malaysia. Dana dari orang yahudi zionis juga cukup besar untuk menampung operasi Blitzkrieg dan mengerakkan jentera Pakatan.

Kerajaan sekarang perlu bersiap sedia menangkis serangan yang mendadak dari pakatan bermula sekarang. Siapkan segala dokumen lengkap beserta fakta untuk menangkis serangan Pakatan. Kerap turun padang melawat rakyat dan jelaskan kepada rakyat sejelas jelasnya sebarang masalah berbangkit tanpa sebarang selindung. Begitu juga dengan sebarang laporan asing, Kerajaan Malaysia perlu bijak mematahkan hujah media asing dengan fakta dan bukti yang kukuh.

Pakatan akan menggempur Kerajaan dengan pelbagai cerita fitnah dan keganasan bila bila masa saja bermula sekarang. Bersiap sedialah !

Dipetik dari Sanggah Tok janggut


No comments: