Geng Bas Sekolah

March 8, 2013

Ayah Saiful Hilang Pedoman ?

Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Dalam keadaan bapa Saiful Azlan Mohd Lazim mengalami masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja....selesai masalah.

Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran. Azlan mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan, aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan beliau terus keluar. - Empayar Pemuda

Aku malas nak komen banyak. Kita sudah diakhir zaman. Sudah banyak manusia yang rosak pemikiran dan akhlak hanya kerana tamakkan harta dunia. Terpulanglah pada bapak Saiful sama ada hendak bertaubat atau tidak. Dia pun dah tua. Dia patut sedar hidup atas dunia ni tak lama. Pandai pandailah jaga diri pakcik oi. Dalam kubur esok takde sapa boleh tolong pakcik dah.

1 comment:

Anonymous said...

hahahahahha......berguling2 la pemakan dedak aljuburi dan ada yg tergoleh diatas jalanraya keseronokan......tapi itu hanya mainan politik aljuburi kerana tertekan dgn ISU KALIMAH ALLAH, ISU LAHAD DATU......dan tiba2 keluar pula ISU SI SAIFUL.....kan itu yg diamalkan oleh Aljuburi sejak dia dibuang oleh UMNO.....bab DUIT dan BU...T memang tak blh percaya......lagi pun itu kenyataan BAPA SI SAIFUL.....bukan tuanpunya DIRI....bila kita kata bapa saiful di beli, tentu puak2 pemakan dedak ni marah.....sebab tak percaya perbuatan " ANUGERAH TUHAN " tu. Tapi yg pasti aljuburi dan kuncu2nya akan melakukan apa sahaja utk menyelamatkan IMAM MAHADI mereka itu.....KAN DAH DEKAT NAK PRU.....isu yg terpalit mesti ; MESTI DICUCI"" kalau tidak memakan diri....ITULAH PERMAINAN POLITIK ALJUBURI......lagi pun apa yg dikatakan oleh bapa saiful tanpa fakta.....hanya sebut pihak tertentu saja.....tanpa berani sebut nama.......ITU AKU PUN BOLEH UCAP......HANYA MANUSIA BODOH SAJA YG PERCAYA PERMAINAN POLITIK ALJUBURI NI...