Geng Bas Sekolah

March 25, 2013

Pengundi Pahang Sedia Berikan Mandat 5 Tahun Lagi Kepada BN


"Kami akan tetap berikan sokongan dan mandat kepada Barisan Nasional, bukan sekadar 5 tahun, tapi buat selama - lamanya."

Demikian dijelaskan oleh sekumpulan warga Pahang yang ditemui malam semalam sewaktu Program Jelajah Janji Ditepati menutup tirainya di Kuantan, Pahang.

Kenyataan tersebut bakal diterjemahkan oleh rakyat seluruh Negeri Pahang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang kerana yakin dengan kepimpinan sedia ada.

 Warga Pahang yang membanjiri tapak program Jelajah Janji Ditepati terakhir malam tadi hadir untuk mendengar amanat Perdana Menteri yang antara lain meminta rakyat menilai sendiri keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji demi menjamin kesejahteraan dan masa depan mereka.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membandingkan kejayaan itu dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini.

Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik buat negara.

 "Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara itu di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini.

Baca selanjutnya disini

1 comment:

Jeffry said...

X SYAK LG BN TETAP IDOLA RAKYAT HUHUHU