Geng Bas Sekolah

March 1, 2013

Kes Liwat - PKR Bergolak Semula



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki berusia 40-an itu yang dikenali sebagai 'Abang Civic' ditahan setelah pihaknya menerima aduan daripada guru sekolah tersebut pada 8 Februari lalu.

Katanya, lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic itu mengumpan pelajar yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook dengan pelbagai hadiah sebelum bertemu mangsa dan meliwat mereka di hotel bajet di Sri Petaling di sini.

"Selepas meliwat mangsa, dia akan memujuk mangsa untuk memperkenalkan rakan-rakannya sebelum melakukan perkara yang sama.

"Kini kita telah menahan reman suspek untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Mohmad, suspek yang sudah berumah tangga itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun polis percaya dia melakukan jenayah tersebut sejak Mei tahun lalu.

"Polis juga percaya masih terdapat mangsa lain dan berharap mereka tampil untuk membuat laporan serta membantu siasatan," ujarnya.

Mohmad berkata, siasatan mendapati suspek turut melakukan perbuatan terkutuk itu di beberapa buah hotel bajet sejak tahun lalu.

No comments: