Geng Bas Sekolah

March 1, 2013

Baru Sedar KLCC Dah Dijajah


Kerajaan mahu Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) memperuntukkan sekurang-kurangnya 20 peratus premis perniagaan di gedung beli-belah miliknya kepada usahawan Melayu.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB), Khairy Jamaluddin berkata, peruntukan yang diberikan oleh Petronas kepada usahawan Melayu sekarang cukup menyedihkan iaitu hanya 2.63 peratus di Suria KLCC dan 3.31 peratus di Alamanda, Putrajaya.

Angka itu masing-masing mewakili 10 buah premis daripada 380 kedai di Suria KLCC dan lapan kedai daripada 282 premis di Alamanda.

Menurut beliau, angka itu diperolehi daripada hasil kajian dijalankan sendiri oleh PUNB ke atas premis-premis milik usahawan yang ada, selepas surat rasmi untuk mendapatkan data sebenar kepada KLCC Properties anak syarikat milik Petronas tidak dilayan.

"Kita ada menghantar surat menggunakan kepala surat Unit Perancang Ekonomi untuk mendapatkan data premis usahawan Melayu di gedung beli-belah Petronas, tetapi sehingga hari ini tiada jawapan daripada KLCC Properties.

"Kajian ini dibuat atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat penyertaan usahawan Melayu di pusat beli-belah ternama termasuk milik Petronas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khairy berkata, hasil kajian itu cukup mengecewakan kerana KLCC Properties terlalu memberi tumpuan kepada penyertaan penyewa antarabangsa.

"Kita tidak membantah dengan polisi sewa oleh KLCC Properties tetapi janganlah sampai tidak ada penglibatan usahawan Melayu atau sekadar menyewa kiosk sahaja.

"Dulu pun ada isu apabila kedai Levi's/Dockers diarah berhenti beroperasi di Suria KLCC, begitu juga dengan Kelantan Delights.

"Tindakan KLCC Properties ini seolah-olah tidak menghayati agenda nasional. Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan, Petronas perlu ada aspirasi dan polisi untuk membantu usahawan Melayu," tegas beliau. Menurut Khairy, dalam kajian yang dijalankan itu, pemilikan premis oleh usahawan Melayu di Pavilion pula adalah 19.78 peratus atau 89 buah kedai daripada 450 premis yang ada.

Namun, jumlah itu termasuk Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan CIMB Bank Bhd. (CIMB).

"Data ini tidak boleh digunakan kerana mewakili entiti lain dan bukannya usahawan Melayu.

Tambahnya, di Farenheit 88 pula hanya terdapat lapan peratus atau 14 premis disewa usahawan Melayu manakala di One Utama Shopping hanya 0.57 peratus dan Sungei Wang 3.62 peratus.

Adoii dah dekat PRU, barulah nak cari kemana semua peniaga melayu. Sedangkan selama ni dah banyak kali isu ni dibangkitkan tapi pihak berkuasa buat bodoh je. KLCC terletak di Malaysia. Atau nama asalnya Tanah Melayu. Tetapi sayang bangunan kemegahan negara itu langsung tiada tempat untuk orang melayu berniaga.

Senang cakap semua pusat membeli belah mewah dinegara kita ni, memang tiada tempat untuk orang melayu. Inilah taraf sebenar orang melayu ditanahair nenek moyang sendiri.

3 comments:

Unknown said...

Jangan cakap pasal Melayulah..nanti Guan Eng kata racis!

Anonymous said...

hidup melayu..hidup melayu..hidup melayu...mana Perkasa, Pekida, Jati dll lg pejuang2 Melayu ?? semuanya hampehh..begitulah ameno layan melayu..ubah skrg selamatkan Malaysia

Jeepers Creepers said...

melayu kalau bawah PR lagi hancur..habis semua orang melayu mati kena sembelih..anon pergi mampus ler