Geng Bas Sekolah

February 26, 2013

Tuan Ibrahim Tolak Anwar Jadi PM


Persoalan siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya semakin panas selepas Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, jawatan itu tidak semestinya menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan pemimpin kanan Pas itu dilihat bakal menghangatkan lagi hubungan parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana sebelum ini tersebar khabar angin yang mendakwa Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar daripada menduduki jawatan berkenaan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga tokoh dengan latar belakang ulama dalam Pas, terdapat dua faktor untuk melayakkan seseorang itu menjadi Perdana Menteri pembangkang iaitu jumlah kerusi yang dimenangi parti dan persetujuan semua parti komponen dalam pakatan pembangkang.

Beliau menegaskan, walaupun semua pihak sebelum ini secara dasarnya bersetuju Anwar bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang namun dalam keadaan sekarang, parti komponen harus mengikut status quo iaitu parti yang memenangi paling banyak kerusi.

"Saya percaya kita perlu mengambil kira keputusan pilihan raya serta melihat parti mana yang lebih dominan dari segi memenangi kerusi selain persetujuan semua parti komponen kerana ia boleh menentukan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri (mewakili pembangkang).

Jawatan PM sekarang semakin panas dikalangan PR. Aku sudah lama tahu PAS dan PKR ini memang tamak. Walaupun mereka nampak baik dihadapan tetapi dibelakang mereka saling bertetak sesama sendiri. Dan sekarang PAS sudah mula menunjuk taring. Nampak gayanya kedudukan pakcik Anwar sekarang sudah tak selamat. Silap silap pakcik Anwar kena campak Sg Golok nanti.

No comments: