Geng Bas Sekolah

February 21, 2013

Surau Diserang


Klang: “Saya terdengar bunyi kuat di tingkat bawah surau dan mulanya kami (jemaah) ingatkan rehal yang terjatuh dan apabila jemaah wanita ke ruang solat wanita, mereka lihat cermin tingkat bawah itu berlubang,” kata bilal Surau Baitul Rahman, Zainul Arifin Abdul Fakeh.

Ketika kejadian jam 8.11 malam itu, jemaah surau dua tingkat di Taman Aman Perdana, dekat sini, sedang bersiap untuk menunaikan solat Isyak sebelum mereka dikejutkan dengan dua letupan akibat tembakan yang dilepaskan penyerang tidak dikenali. Zainul Arifin berkata, ketika kejadian, dia bersama 18 jemaah surau itu berada di ruang solat sementara menunggu azan manakala jemaah lain sedang menunaikan solat dan membaca al-Quran di tingkat bawah surau itu.

“Sementara menunggu waktu solat Isyak, saya menunaikan solat sunat dan tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat di bahagian bawah.

“Sejurus bunyi kuat itu kedengaran, tiga jemaah wanita yang berada di surau bergegas ke ruang solat wanita dan mereka mendapati cermin tingkat bawah yang menghadap jalan utama berlubang,” katanya.

Menurutnya, selain tingkap cermin tingkat bawah yang berlubang, sekeping cermin tingkap di tingkat atas yang menghadap jalan utama surau turut pecah.

Melihat kejadian itu, Zainul Arifin berkata, imam surau berkenaan segera menghubungi polis dan hasil siasatan, polis menemui dua butir peluru di bahagian tingkat atas dan enam butir lagi di bahagian bawah surau itu.

Menurutnya, kejadian kelmarin adalah yang kedua dilaporkan selepas insiden sama berlaku dalam jangka masa tiga minggu.

“Kejadian kali pertama itu berlaku pada waktu sama dan ketika itu jemaah menjumpai sebutir peluru, tetapi tidak membuat sebarang laporan polis,” katanya.

Timbalan Pengerusi Surau Baitul Rahman Jamal Kharrudin berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan seorang rakan yang turut menunaikan solat Maghrib pada malam kejadian kira-kira jam 8.30 malam.

Katanya, sejurus menerima panggilan, dia terus ke surau itu bagi memeriksa keadaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Kapar Indah, dekat sini.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah sebelum menerima panggilan daripada rakan memaklumkan surau ditembak individu tidak dikenali.

“Setibanya di surau, saya lihat orang ramai sudah memenuhi pekarangan surau untuk menyaksikan kejadian dan apabila diperiksa, memang terdapat kesan tembakan pada cermin tingkat bawah yang menghadap jalan utama,” katanya.

Jamal berkata, dia tidak tahu motif sebenar kejadian, namun hairan kerana kejadian sama pernah berlaku tiga minggu lalu.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak menuduh sesiapa dan berharap mana-mana individu yang tidak berpuas hati untuk datang berbincang dengan ahli jawatankuasa surau kerana tindakan menembak menggunakan peluru penabur adalah berbahaya.

“Pada mulanya jemaah hanya dikejutkan dengan bunyi letupan kecil diikuti bunyi seakan kanak-kanak bermain guli, namun apabila diperiksa ia adalah peluru penabur yang ditinggalkan di bahagian luar surau.

“Sebelum kejadian tembak, kami juga pernah menerima gangguan pelik apabila terdapat taburan paku yang diletakkan di perkarangan surau selain beberapa tayar kereta jemaah yang hadir turut dipancitkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, polis sudah merekodkan keterangan daripada 10 jemaah yang berada di dalam surau itu. berkenaan ketika kejadian untuk membantu siasatan.

Bermula dengan kalimah Allah yang digadaikan oleh PAS, sekarang sudah timbul kes seperti ini. Jika keadaan semakin buruk, semuanya adalah salah PAS.

No comments: