Geng Bas Sekolah

February 21, 2013

Puspanita Perlu Aktif - Rosmah


Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) digesa keluar dari zon selesa dengan mendekati masyarakat menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan program turun padang.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program berbentuk kemasyarakatan penting untuk memberi pendedahan kepada ahli Puspanita dalam aktiviti kemanusiaan dan membina kemahiran berkomunikasi.

Selain itu, katanya, aktiviti tersebut juga mampu mengeratkan kerjasama sesama ahli sebagai satu pasukan dan bersosial dalam budaya serta cara hidup yang berbeza.

"Puspanita seharusnya melaksanakan program yang berorientasikan masyarakat dengan menyediakan platform kepada penjawat awam dan isteri untuk menjadi sukarela.

"Secara tidak langsung negara dapat melahirkan penjawat awam yang bukan sahaja cemerlang dan mempunyai mutu kerja tinggi tetapi bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawan dan kemasyarakatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pertemuan Mesra Bersama Puspanita Kebangsaan di Seri Perdana di sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Puspanita, Datuk Rohani Abdullah.

Rosmah yang juga Penaung Puspanita berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang sukar untuk direalisasikan kerana persatuan itu merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Rosmah juga meminta penjawat awam yang menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat memberikan perkhidmatan terbaik melangkaui apa yang diharapkan oleh rakyat.

Beliau berkata, penjawat awam perlu mengurangkan kerenah birokrasi dan bertindak secara profesional, mesra, cepat dan tepat.

1 comment:

Anonymous said...

CUBE TNYE ANUWAR..BINI DIA PLAK ADE AKTIVITI APE?..SURE ANUWAR KATE BINI DIA MAIN BOLA..RASMI ITU INI SANA SINI..TERUS DPT GELARAN SAYIDITINA..KLU GITU DH BERAPE RAMAI WANITA YG WAT KEJE KEBAJIKAN X KISAH PON PSL GELARAN SEYHHH KEHKEHKEH