Geng Bas Sekolah

February 15, 2013

Sultan Sulu Kepala Bapak Dia !


Kehadiran lebih 100 warga asing bersenjata api yang menceroboh masuk ke pesisiran Pantai Tandao berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dekat sini kelmarin bukan kumpulan militan.

Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kehadiran mereka yang ingin dikenali sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu Filipina bertujuan menuntut supaya rakyat Sulu yang berada di negeri ini tidak dihantar pulang ke negara jiran itu.

Sementara itu Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang berunding agar sekumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh masuk ke kawasan pesisir Pantai Tandao berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dekat sini kelmarin, keluar dari negara ini secara aman.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa pasukan keselamatan, Angkatan Tentera Malaysia dan polis yang kini mengepung kawasan itu mempunyai kekuatan mencukupi untuk bertempur, tetapi tidak akan memilih langkah itu sebaliknya akan melakukan rundingan secara aman.

"Kita mahu mereka balik secara baik ke selatan Filipina dan elakkan sebarang pertumpahan darah. Mereka mempunyai saudara-mara di sini dan kita tidak mahu melakukan apa-apa tindakan yang menyebabkan ada nyawa terkorban.

"Saya telah diberi taklimat mengenai situasi terkini oleh Ketua Polis Negara malam tadi dan Pesuruhjaya Polis Sabah pagi ini, bahawa keadaan di sana boleh dikatakan berada dalam keadaan terkawal,"

Ada lagi ke Sultan Sulu ni? Sedar sedarlah diri. Negara dah tergadai sebab kelemahan sendiri, ada hati nak tuntut macam macam. Cari cepat orang orang dia yang berkeliaran kat Sabah tu. Hantar balik ke Filipina. Jangan bagi mereka duduk beranak pinak kat tanahair kita ni.

Jadi ini sebagai satu pengajaran. Kita orang melayu juga boleh jadi macam mereka suatu hari nanti jika kita terus membiarkan bangsa asing memijak kepala. Bagi undi kepada PR boleh menyebabkan orang melayu terusir dari tanahair sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

MASUK SINI TKDE DOKUMEN PASTU BWK SENJATA PERGHHH DASAT BROO...ANUWAR TENTU SUKE SBB ADE PIHAK YG SUDI BIKIN KACO KT SANA. SEKURANG2NYA ADA ORG LAIN TLG DIA BIKIN HAVOC SMNTARA DIA PLAK BANGKIT ISU PERKAUMAN KAT SABAH KEHKEHKEHKEH

Servant of God said...

"Kita orang melayu juga boleh jadi macam mereka suatu hari nanti jika kita terus membiarkan bangsa asing memijak kepala. "

You're right.

I'm glad to see that someone your age is able to think clearly on this. This means there's still hope for us Melayu.