Geng Bas Sekolah

February 14, 2013

Berita Gembira Buat Bakal PM Pakatan?


Perancis semakin hampir menguatkuasakan undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis apabila dewan rendah Parlimen negara ini, meluluskan rang undang-undang tersebut, semalam.

Dewan Perhimpunan Nasional meluluskan rang undang-undang itu yang membenarkan pasangan gay di negara ini berkahwin serta mengambil anak angkat, selepas 329 undi menyokong, manakala 229 undi menentang.

Rang undang-undang tersebut kini perlu diluluskan di Dewan Senat Parlimen, yang dikuasai Parti Sosialis pimpinan Presiden Francois Hollande dan sekutunya, sebelum dikuatkuasakan.

Keputusan itu diumumkan 10 hari selepas dewan rendah meluluskan artikel utama rang undang-undang itu yang mendefinisikan perkahwinan sebagai satu kontrak antara dua orang dan bukan antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Kelulusan rang undang-undang itu, meletakkan Perancis bersama beberapa negara Eropah lain yang membenarkan perkahwinan sejenis, walaupun mendapat bantahan keras daripada rakyat Perancis.

Undang-undang itu adalah sebahagian manifesto Hollande pada pilihan raya Presiden pada tahun lepas yang mencetuskan kontroversi.

1 comment:

Unknown said...

Salam Tuan Admin,

Mohon izin utk pautkan blog saya di sini. Blog tuan telah saya pautkan di blog saya. Terima kasih. Selamat berjuang. Ikhlas dari saya ~ IBM

P/S ~ Link blog saya : ibm-akusayangumno.blogspot.com