Geng Bas Sekolah

February 19, 2013

Pemimpin Mesra Rakyat

Rata rata rakyat mengakui wakil rakyat BN adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan wakil rakyat PR. Ini kerana bukan sahaja masalah mereka didengari  malah kebajikan mereka turut dijaga.

Salah seorang wakil rakyat yang menjadi sebutan adalah Adun Kuala Sentul iaitu Dato' Shahaniza Shamsuddin. Bagi pengundi Dun Kuala Sentul, mereka menyifatkan beliau adalah seorang pemimpin yang benar benar mesra rakyat. Setiap permasalahan rakyat akan didengari dan bantuan juga diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Terbaru Dato' Shahaniza telah menziarahi 10 buah rumah yang dihuni oleh warga emas yang uzur di Kg Kuala Sentul. Turut dibawa bersama adalah seorang doktor untuk memeriksa kesihatan warga emas berkenaan. Selain itu beliau juga menghulurkan bantuan yang merupakan barangan keperluan harian kepada mereka.

Kerana sikap sebeginilah yang membuatkan rakyat Malaysia terus yakin dan menyokong BN. Ini kerana pemimpin BN bukanlah sekadar hebat berkata kata diatas pentas ceramah ataupun membuat janji sahaja tetapi pemimpin BN juga telah membuktikan kesungguhan mereka untuk membantu rakyat dan menunaikan janji yang telah dibuat.

Bagi pemimpin BN, manifesto itu adalah janji. Dan setiap janji perlu ditepati. - PahangKu

2 comments:

Anonymous said...

nk dekat pilihan raya la nk pantau.masalah air tak selesai jgk sibuk tgok ke negeri selangor.phng yg sungai terpanjang pon xdpt nk urus air efficiency.tak payah nk jd inspirasi sgt la..bila time nk mengundi berkepuk jgk duit bwk nk buat pancing.mesra nk undi kate ko.taktik korg dlm tangan la