Geng Bas Sekolah

February 19, 2013

Aku Sokong PAS Kekal Bersama Pakatan


Pas perlu segera keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak menghormati parti itu apabila terus mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas mengenai isu kalimah Allah.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan, tiada gunanya Pas terus berada dalam pakatan pembangkang apabila kedua-dua sekutunya terus berbuat demikian.

"Pas sepatutnya keluar daripada pakatan pembangkang kerana tiada gunanya berada di dalamnya kerana setiap keputusan yang dibuat mengenai Islam tidak direstui oleh DAP dan PKR.

"Bukan sahaja dalam isu kalimah Allah, malah dalam beberapa kejadian sebelum ini seperti di Selangor, Kelantan dan Kedah, DAP dan PKR menjadi penghalang kepada Pas apabila melibatkan soal Islam," katanya selepas menyampaikan ceramah perdana Selamatkan Islam dan Kalimah Allah di padang mini Rambah, di sini malam tadi.

Aku lebih suka PAS terus bersama PR. Sebabnya PAS lebih kuat dah gagah jika bersama mereka. Nik Ajis pun nampak lebih kacak sekarang. Sebab itu aku menentang keras kalau PAS nak keluar PR. PAS tidak sepatutnya dengar cakap Hassan Ali. Siapa Hassan Ali ni ? Tak power manapun jika dibandingkan dengan pakcik Anwar dan apek Guan Eng. 

Hassan Ali cakap PAS tak dapat perjuangkan islam kalau dalam PR. Poyo je semua ni. PAS memang tak perjuangkan islam selama ni. Hanya pakai jubah serban, cakap arab ana ente, tu semua nak cover line. Yang penting Putrajaya, royalti minyak, tanah dan balak. Itu yang PAS perjuangkan. Cakap cakap negara islam tu semua sebab nak tipu duit pengikut, nak kebas anak bini pengikut je. Benda simple macam itupun Hassan Ali tak nampak. Apa dahh..

PAS patut kekal dalam PR. Aku yakin PAS menang besar PRU 13 ni. Bukan setakat Putrajaya, malah sampai ke Antartika pun PAS boleh tawan. Tapi dengan syarat, terus kekal bersama PR, ikut saja cakap pakcik Anwar dengan apek Guan Eng. Mesti PAS boleh menang punya.

PAS FOR OIL ! TADBIR !!!!

No comments: