Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
February 10, 2013
Orang Melayu Memang Pengemis !
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan masyarakat Melayu kini sebagai 'pengemis politik' yang memerlukan sokongan kaum lain untuk menjaga kepentingan mereka.
Katanya, perkara itu berlaku kerana kekuasaan politik Melayu kini semakin terhakis apabila mereka terpecah kepada tiga parti berbeza iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Perpecahan itu, menurutnya, berlaku kerana para pemimpin pembangkang terutama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ghairah mengejar kekuasaan serta 'berebut-rebut' menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum nanti.
Beliau berkata, perpecahan itu menjadikan kelompok-kelompok Melayu semakin banyak dan muncul sebagai golongan minoriti politik sehingga sukar untuk menjaga kelangsungan mereka seperti di zaman penjajahan British dan Jepun dahulu.
"Melayu kini terpecah kepada tiga dan lawan sesama kita, jadi macam Arab apabila Sunni lawan Syiah, mereka bukan lawan 'orang putih' dan ini membuatkan Barack Obama (Presiden Amerika Syarikat) dan David Cameron (Perdana Menteri Britain) tepuk tangan.
"Di Malaysia macam itu juga, kita berpecah, jadi lemah, jadi pengemis dan perlu sokongan orang lain untuk nak jadi pemerintah," katanya ketika berucap dalam program 'Perlembagaan Malaysia: Masa Depan Keselamatan Negara' anjuran Kelab Pembangunan Insan Bandar Tun Razak di sini hari ini.
Dibelah UMNO, beriya iya bagi dana pada sekolah cina, buat video raya cina sebab nak sangat undi cina. Kat PAS pulak, sanggup gadai kesucian agama islam pada cina nasrani. Kemaruk nak undi dan sokongan nasrani. PKR tak payah ceritalah. Semuanya jadi halal belaka. Jantan betina kafir kufur semua boleh belaka. Janji dapat undi.
Setiap kali PRU, yang untung adalah orang cina. Yang rugi adalah orang melayu. Sendiri fikirlah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment