Geng Bas Sekolah

February 10, 2013

Arab Spring VS Arnab Spring


KEBANGKITAN menentang Presiden Mohamed Mursi semakin merebak ke bandar-bandar selain Kaherah. Mereka tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan Mursi yang dianggap tidak menepati aspirasi asal Arab Spring.

Apa yang dimaksudkan mereka ialah Ikhwanul Muslimin telah merampas atau hijack Arab Spring, daripada demokrasi kepada agenda Islami.

Yang menentang Mursi dan Ikhwanul Muslimin ini terdiri daripada golongan sekular yang di dalamnya bukan saja pendokong demokrasi tetapi juga sosialis, nasionalis dan Kristian.

Mungkinkah ini fasa kedua Arab Spring? Fasa kedua inilah apa yang disebut sebagai kebangkitan sebenar demokrasi. Sementara fasa pertama ialah menjatuhkan rejim autokrasi sebelumnya.

Jadi cita-cita Arab Spring belum tercapai dalam fasa pertama itu. Maka oleh itu mereka memerlukan fasa kedua.

Maka kebangkitan menentang Mursi adalah fasa kedua untuk menyingkirkan rejim Islam bagi menggantikan dengan demokrasi walaupun Mursi dan Ikhwanul Muslimin berkuasa melalui pilihan raya dan demokrasi.

Satu sudut pandangan lain ialah di belakang semua kejadian politik ada tangan-tangan dan dalang-dalang asing, atau lebih tepat lagi Barat.

Mereka ini mendokong demokrasi dan mahukan semua negara-negara Arab menjadi demokratik. Tetapi walaupun demokrasi adalah fahaman murni universal dan ideologi Barat tetapi ia bukannya matlamat. Demokrasi hanya alat. Matlamatnya ialah penguasaan terus Barat ke atas dunia.

Baca selanjutnya di PahangKu

Berkenaan dengan Arab Spring ni, aku teringat pula dengan satu revolusi yang diberi nama Arnab Spring. Rovolusi yang pakcik Anwar dan Mat Syabu mahukan. Aku juga yakin Nik Ajis pasti akan merestui Arnab Spring ini jika ianya dibentangkan dihadapan dia. Silap silap boleh dapat dana lagi. 

Apa itu Arnab Spring? Boleh rujuk sini

No comments: